Pengikut
Ahad, 2 Jun 2013
Rabu, 29 Mei 2013
Contoh Surat Rasmi rayuan
____________________
______________________
xxxxxxxxxxxx
xxxxxxxxxx
Selangor Darul Ehsan
Melalui
________________ (Ph.D),
______,
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences
International Islamic University Malaysia,
P.O. Box 10, 50728 Jalan Gombak, Kuala Lumpur, Malaysia.
_________________________________________________________________________________
xxxxxxxxxxx
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Institute of Education
International Islamic University Malaysia
Puan
KENYATAAN SEBAB TIDAK MENGHADIRI PEPERIKSAAN DAN RAYUAN
MENGAMBIL PEPERIKSAAN KEMBALI
Merujuk perkara di atas,saya ________________ pelajar __________ ingin memberi penjelasan
tentang ketidak hadiran saya dalam
peperiksaan kertas xxxxxxxx pada 9.00 pagi xxxxxxx di UIAM adalah
disebabkan kesilapan dan juga kecuaian saya melihat jadual peperiksaan dengan
sewajarnya.
2. Walaupun begitu saya merayu pihak Puan membenarkan saya
mengambil peperiksaan ulangan dengan beberapa faktor antaranya:
i)
Saya tidak pernah dikenakan tindakan disiplin, selama saya belajar di UIAM semenjak ______ lagi
kerana segala peraturan UIAM saya ikuti dengan penuh bertanggungjawab.
ii)
Jika saya perlu mengulang kembali, banyak masa masa
saya akan terbuang kerana terpaksa pergi ke UIAM 3 kali dalam sebulan sedangkan
pada tahun ini sekolah saya telah mengadakan program j-QAF untuk tahun satu. Oleh itu saya perlu
mengadakan Program Solat Bestari 4 kali kerana peruntukan telah diturunkan dan
program ini mesti diadakan pada hari Sabtu atau Ahad
iii)
Jika saya perlu mengulang kembali juga, saya
khuatir saya akan menghadapi tekanan emosi dan tekanan kerja kerana pertambahan
masa dan kerja yang perlu dilakukan.
iv)
Saya juga berharap peristiwa kali ini hanya
sebagai amaran buat saya supaya lebih berhati-hati dan sensitif terhadap arahan dan makluman
dari UIAM di masa-masa yang akan datang.
v)
Saya juga khuatir jika saya mengulang kembali
pada semester depan maka kerja saya bertambah dan mungkin memberi kesan kepada pelajaran lain di semester depan
dan juga prestasi kerja saya di sekolah.
3. Walaupun begitu saya amat percaya dengan keperihatian
pihak Puan dalam menguruskan masalah saya ini. Segala budi bicara pihak Puan
yang perihatin dengan masalah saya ini saya hargainya. Saya harap pihak Puan
mempertimbangkan rayuan saya dan memberi peluang kepada saya untuk mengambil
peperiksaan sekali lagi. Pertimbangan pihak Puan amatlah saya hargai. Sekian terima kasih.
Yang Benar
----------------------------------
( )
Selasa, 28 Mei 2013
Cara Islam Mengembangkan Bidang Sains dan Teknologi
1. Penggunaan dan mengembangkan metod saintifik
2. Pembangunan pelbagai bidang sains dan reka cipta
3. Pemindahan warisan intelektual daripada tamadun purba
kepada tamadun moden
1. Penggunaan dan mengembangkan metod saintifik
— Para saintis Islam menganggap bahawa aplikasi metod
saintifik adalah bersifat universal.
— Bahkan, banyak daripada alat asas telah dicipta oleh
saintis Islam dan kemudiannya dibangunkan oleh saintis Barat dan menjadi
warisan manusia.
— Tidak ada halangan untuk menggunakan alat-alat teknikal
dan prosedur yang dikembangkan oleh orang bukan Islam.
— Tetapi ianya hendaklah digunakan berlandaskan prinsip
akhlak Islam dan rerangka akidah Islam.
— Islam melihat realiti berdasarkan pengalaman manusia
(empirikal) adalah gambaran kepada realiti yang sebenar dalam ciptaan Allah.
— Hubungan di antara empirikal dan hakikat sebenar sentiasa
di tekankan olfeh al-Qur’an.
— Contohnya. Al-Razi yang begitu menekankan metod dalam
kajiannya dalam bidang perubatan, objektif dalam penyelidikan klinikal dan
mengenepikan kepercayaan, cuba menguji ubat ke atas haiwan untuk mengetahui
kesan sampingan, pakar bedah yang pertama menggunakan opium sebagai ubat bius.
2. Pembangunan pelbagai alat untuk mendapatkan maklumat
dalam bidang sains dan reka cipta
— Sejarah Islam telah membuktikan bahawa para saintis
Muslim telah menyedari tentang kepentingan alat-alat sains untuk pengumpulan
data. Mereka memperkenalkan astrolab yang besar (alat yang menyukat ketinggian
dan kedudukan bintang termasuk matahari) yang boleh menunjukkan masa, mempunyai
balai cerapan untuk memerhatikan pergerakan bintang.
— dan kuadran (alat untuk mengukur siku, terutamanya untuk
kedudukan di laut atau untuk melihat bintang) bagi pemerhatian yang tepat
tentang bintang dan planet, bahkan telah mencipta astrolab yang berbentuk
sfera.
3. Pemindahan warisan intelektual daripada tamadun purba
kepada tamadun moden
— Aktiviti terjemahan yang begitu aktif sehinggakan banyak
ilmu dan sumber dari warisan pelbagai bangsa terutamanya Greek dan Syria hanya
terdapat dalam Bahasa Arab yang dapat dikesan pada zaman ini.
— Contoh al-Razi
mengumpulkan maklumat perubatan daripada sumber Greek dalam bukunya
al-Hawi
— Kemudiannya, sumber bahasa Arab ini diterjemahkan ke
bahasa-bahasa di Barat seperti Latin, Jerman, Inggeris dan sebagainya
Kepentingan sirah dan Manhaj Nabawi
Dr. Said Ramadhan al-Buti menegaskan bahawa tujuan
memahami sirah ialah agar setiap orang muslim memperolehi gambaran sebenar
tentang hakikat agama Islam secara sempurna yang tercermin dalam kehidupan Nabi
Muhammad s.a.w. sesudah ia difahami secara konsepsional sebagai prinsip, kaedah
dan hukum. Oleh itu, mempelajari sirah mengandungi beberapa faedah. Antara
lainnya ialah memahami keperibadian nabi melalui celah-celah kehidupan dan
keadaan-keadaan yang pernah dihadapinya, untuk menegaskan bahawa nabi Muhammad
bukan sahaja seorang yang terkenal di antara kaumnya sahaja tetapi sebelum itu
baginda adalah seorang Rasul yang didukung oleh Allah dengan wahtu dan taufik
dariNya. Kedua ialah agar manusia mendapat gambaran contoh terbaik dalam
seluruh kehidupan yang utama untuk dijadikan dastur dan pedoman kehidupan.Tidak
diragukan lagi, betapapun manusia mencari contoh terbaik mengenai salah satu
aspek kehidupan, dia pasti akan mendapatkannya di dalam kehidupan Rasulullah secara
jelas dan sempurna
Oleh itu, Allah menjadikannya qudwah bagi seluruh
manusia seperti firman Allah yang beermaksud : “ Sesungguhnya telah ada pada
diri Rasulullah itu suri teladan yang baik bagi kamu.” (al-Ahzab 21) Ketiga
ialah agar manusia mendapatkan dalam mempelajari sirah Rasulullah ini, sesuatu
yang dapat membantunya untuk memahami kitab Allah dan menyelami
tujuan-tujuannya. Ini disebabkan banyak ayat-ayat al-Quran yang boleh
ditafsirkan dan dijelaskan maksudnya melalui peristiwa-peristiwa yang pernah
dihadapi Rasulullah s.a.w. dan sikapnya.Keempat ialah dengan mempelajari sirah ini seseorang muslim dapat mengumpulkan sekian banyak pengetahuan dan ilmu-ilmu Islam yang benar, sama ada dalam perkara akidah, hukum dan akhlak. Tidak diragukan lagi bahawa kehidupan Rasulullah merupakan gambaran yang kukuh dari sejumlah prinsip dan hukum. Kelima ialah agar setiap pendakwah Islam memiliki contoh hidup dalam aspek pendidikan dan dakwah. Adalah Rasulullah s.a.w. seorang dai, pemberi nasihat dan guru yang terbaik yang tidak berputus asa mencari pendekatan terbaik dalam pendidikan selama beberapa periode dakwahnya.
Satu perkara yang menjadikan sirah ini cukup relevan sehingga hari ini ialah kerana seluruh kehidupan baginda mencakupi seluruh aspek sosial dan kemanusiaan yang ada pada manusia baik sebagai peribadi ataupun sebagai anggota masyarakat yang aktif. Kehidupan Rasulullah memberikan kepada kita kehidupan yang mulia, baik sebagai seorang pemuda Islam yang lurus perilakunya atau sebagai pendakwah kepada Allah dengan hikmah dan nasihat yang baik, yang mengerahkan segala kemampuan untuk menyempurnakan risalah Islam. Juga sebagai ketua negara yang mengatur segala urusan dengan adil dan bijaksana, sebagai suami teladan dan seorang ayah yang penuh kasih sayang, sebagai panglima perang yang mahir, sebagai negarawan yang pandai dan jujur, dan sebagai muslim secara keseluruhannya dapat melakukan secara seimbang antara kewajipan beribadat kepada Allah dan bergaul dengan keluarga dan masyarakat dengan baik. Maka kajian sirah nabi adalah untuk melahirkan aspek-aspek kemanusiaan ini secara keseluruhan yang tercermin dalam qudwah yang paling sempurna dan terbaik. Umpamanya, jika anda seorang pembuka kota negara, ambillah pengajaran yang dilakukan oleh Rasulullah selepas kemenangan di Badar, Hunain dan pembukaan Mekah dan jika anda mengalami kegagalan ambillah pengajaran perang Uhud yang mana baginda berada di antara sahabatnya yang telah syahid dan mengalami kecederaan. Jika anda seorang guru lihatlah pengajaran yang dilakukan oleh Rasulullah di Suffat dalam masjid nabawi dan jika anda seorang pelajar maka gambarkanlah anda berada di antara Jibrail yang menyampaikan wahyu kepada nabi. Jika anda sebagai hakim, ikutilah penyelesaian Rasulullah s.a.w dalam meletakkan hajarul Aswad.
Nilai-Nilai Agama Pendorong Memperkasa Tamadun
Tamadun secara harfi ertinya berada ditahap maju. Para
pengkaji membahagikan tamadun kepada dua pengertian iaitu pengertian yang
objektif dan pengertian yang subjektif. Pengertian yang objektif iaitu suatu
himpunan fenomena kemajuan dalam bidang kesusasteraan, teknik, keilmuan dan
undang-undang yang dipindahkan dari satu generasi ke satu generasi di dalam
suatu masyarakat. Pengertian yang subjektif bermaksud tamadun digambarkan
sebagai satu peringkat perkembangan kehidupan yang tinggi, yang berlawanan
dengan kehidupan liar atau ganas atau digambarkan kehidupan yang dapat atau
hampir dapat mencapai ideal atau bentuk kehidupan yang tinggi yang hendak
dicapai. Bentuk ideal kehidupan itu adalah subjektif sifatnya, bergantung kepada masa, tempat dan kepada nilai-nilai
yang dianuti.
Sesuatu
tamadun akan mengalami 3 peringkat iaitu peringkat kelahiran hingga mencapai peringkat
puncak, peringkat beku dan menurun, peringkat keruntuhan dan kemusnahan.
Menurut Malik bennabi, tamadun peringkat kelahiran ditunjangi oleh idea
keagamaan (fikrah diniyah) atau kerohanian dan ia bertemu puncak apabila
kerohanian bercantum dengan akal. Kemudian tamadun itu akan menurun apabila
unsur-unsur kerohanian sudah diketepikan. Tinggallah akan sendirian, tanpa bimbingan
roh. Kemudian ia akan sampai kepada peringkat kehancuran apabila roh dan akal
tidak lagi memandu kehidupan manusia. Ketika itu, hawa nafsu menjadi tuhan,
berlaku korapsi dalam pentadbiran, penipuan, rompakan dan berbagai kebejatan
moral yang
Untuk membina semula tamadun Islam, umat Islam harus kembali merenung diri sendiri untuk mencari penyakit yang akhirnya mempercepatkan lagi kehancuran sesuatu tamadun itu.
Untuk membina semula tamadun Islam, umat Islam harus kembali merenung diri sendiri untuk mencari penyakit yang akhirnya mempercepatkan lagi kehancuran sesuatu tamadun itu.
Mencari jalan
untuk bangun tanpa mengetahui penyakitnya yang menyebabkan kejatuhan tidak
dapat memperolehi kejayaan. Tiga penyakit yang sedang dihadapi oleh masyarakat
Islam hari ini ialah pemikiran yang mati, jiwa yang lemah dan iman yang telah
padam sinarnya. Oleh itu, untuk membangun semula hendaklah diubati ketiga-tiga
penyakit ini.. Di samping itu, kekuatan jiwa merupakan benteng utama dalam
menghadapi cabaran zaman dan gelombang pergolakan dunia.. Umat Islam perlu
mengangggap kerohanian sebagai satu aspek yang penting dalam membangunkan umat.
Ajaran kerohanian ini perlu dilihat dalam konteks fungsi sosialnya yang
mendatangkan faedah dan kebaikan kepada kehidupan manusia. Dari latihan-latihan
kerohanian ini akan lahir peribadi-peribadi mulia untuk membentuk suatu dunia
yang aman damai.Malangnya, umat Islam tidak menghayati fungsi sosial agamanya
di mana agama dan ajaran-ajarannya yang dinamik tidak dihayati dengan
sebenarnya.
Apabila kita berfikir tentang pembinaan tamadun Melayu
ia mestilah berakar kepada nilai-nilai ajaran Islam dalam ertinya yang luas
dengan mengambil kira spektrum yang mencakupi intelektual, rohani, moral,
peribadi, kekeluargaan, kemasyarakatan, siasah, sains dan teknologi terkini
dalam memenuhkan keperluan negara sebenarnya. Bangsa Melayu telah bersatu padu
dalam pegangan Islam dan faham ahli Sunnah wa jamaah. Ini merupakan faktor asas
yang tidak boleh diganggu gugat. Penghayatan kepada agama memberi kekuatan dan
pendorong dalam membina tamadun. Malik Bennabi menegaskan bahawa tamadun tidak
mungkin lahir melainkan dengan adanya kepercayaan agama. Malah tamadun sesuatu
umat itu tidak akan lahir melainkan mengikut wahyu yang diturunkan dari langit.
Jelaslah bahawa nilai-nilai agama yang diturunkan dari langit merupakan faktor
yang sangat penting dan merupakan pengatur serta penyusun dalam pembinaan
sesuatu tamadun. Oleh sebab itu, golongan yang menyeru manusia supaya kembali
kepada ajaran agama dan keimanan dalam usaha membentuk tamadun lebih hampir
kepada kebenaran dari golongan ahli politik dan islah yang memisahkan agama
dari kehidupan. Pemisahan iman dari kehidupan menjadikan menjadikan manusia
hidup tanpa erti yang menghilangkan ghairah untuk memahami sesuatu dan akan
hilang nafsu untuk bekerja. Itulah sebab kebangkitan umat Islam sekarang mengalami
kegagalan. Pembinaan tamadun hendaklah berpaksikan kepada kerohanian dan akhlak
Islam yang benar untuk menjamin kesejahteraan hakiki. Tamadun itu juga mesti
berteraskan hidup mengikut aturan-aturan syarak dalam hubungan dengan Tuhan,
keluarga, kejiranan, kemasyarakatan dan kebangsaan. Di samping tamadun itu,
tamadun yang membangunkan ekonomi yang adil, sama rata dan saksama dengan
agihan hartanya yang wajar, tanpa unsur penindasan dan penzaliman.
MEMBANGUN TRADISI KEILMUAN ISLAM
Tradisi keilmuan Islam berkembang pesat dengan
tertubuhnya pusat pengajian terkenal di Baghdad, Basrah, Kufah dan Andalus.
Begitu juga perkembangan perpustakaan yang menjadi pusat penyelidikan para
ilmuan Islam. Pada mulanya masjid dijadikan pusat penyebaran ilmu sebelum terdirinya
kuttab (tadika), madrasah (sekolah) dan Jami’ah (universiti). Ada beberapa
faktor yang menyebabkan tradisi keilmuan Islam ini berkembang pesat iaitu
galakkan daripada pihak khalifah dengan mendirikan institusi pendidikan,
toko-toko buku dan perpustakaan berkembang pesat, guru-guru yang mengajar
dengan penuh keikhlasan serta kegiatan pembukuan
Kita sungguh kagum apabila membaca sejarah umat Islam
dahulu yang begitu berminat membaca , mengajar serta memperkembangkan ilmu.
Masing-masing berlumba-lumba untuk memberi saham dalam memajukan institusi
pendidikan dengan mewakafkan sebahagian daripada harta mereka.
Kegiatan keilmuan ini membuktikan bahawa tradisi
keilmuan Islam berkembang pesat pada zaman tersebut bersama dengan kegemilangan
tamadunnya. Sesuatu tamadun tidak dapat dibina tanpa tradisi keilmuan. Dengan
kata lain, sesuatu tamadun berkembang berseiringan dengan tradisi keilmuan yang
mantap dan tuntas. Oleh sebab itu, pembinaan tamadun kini mesti mengambil kira
tradisi keilmuan dengan mewujudkan dan memperbanyakkan institusi pendidikan
yang berkualiti dan bertaraf antarabangsa. Begitu juga, kita perlu melahirkan
ulama, sarjana dan pemikir yang berkaliber yang mampu membuat kajian,
penyelidikan dan penterjemahan. Tanpa unsur-unsur tersebut institusi pendidikan
dan keilmuan tidak akan berkembang. Perkara yang kita kehendaki sekarang ialah ibukota Kuala Lumpur bukan sahaja terkenal sebagai destinasi pelancongan tetapi juga dikenali sebagai pusat keilmuan sekurang-kurangnya di rantau ini sebagaimana yang berlaku di kota metropolitan yang lain seperti London, Paris, St. Andrew, Sorboune dan Kaherah. Mereka datang bukan sahaja membawa balik barangan elektronik buatan Malaysia tetapi beg-beg mereka penuh dengan buku-buku tulisan ilmuan kita. Inilah yang kita harapkan. Untuk mencapai impian tersebut maka para sarjana dan intelek Islam tempatan perlu bekerja keras dalam mewujudkan suasana tradisi keilmuan yang harmonis. Perkara-perkara asas seperti buku rujukan perlu diperbanyakkan, penyelidikan mesti diperhebatkan dan perpustakaan perlu ditambah lagi atau sekurang-kurang buku-bukunya. Tabiat menulis di kalangan para sarjana dan ulama perlu dipertingkatkan lagi. Mereka perlu memikir apakah jenis buku serta penyelidikan yang diperlukan oleh masyarakat hari ini terutama dalam menghadapi pasca modernisme. Adakah hanya terbatas kepada buku-buku ringan semata-mata. Para penulis Islam perlu mengenal arus perdana dan keperluan yang harus dihadapi di zaman pasca modenisme ini. Sesungguhnya cabaran ilmuan sekarang lebih sengit dan tajam lalu menuntut penglibatan yang total daripada ilmuan itu sendiri. Pada hari ini para ulama dan sarjana tidak boleh maju hanya berbekalkan “air liur” semata-mata tanpa menghasilkan buku ilmiah terutama karya-karya agung Melayu yang sewajibnya diterjemahkan ke bahasa antarabangsa. Walaupun kemungkinan kita akan mengalami kerugian dari segi material. Dengan demikian, harapan untuk menjadikan Kuala Lumpur tempat tumpuan peminat-peminat buku untuk berkunjung akan tercapai.
Saranan kepada Era Kebangkitan Tamadun
Al-Qaradawi mengakui bahawa beliau sentiasa mengambil berat masalah kebangkitan
Islam dan menjadi perhatian utama dalam penulisannya Perkara ini kerana
kedudukannya masa kini serta masa depan umat Islam. Keperluannya amat mendesak
agar kebangkitaan ini tidak melemahkan dan tidak melencong serta terus berusaha
mematangkannya agar tidak menyimpang. Dengan demikian, kebangkitan ini tidak
tergendala di tengah jalan atau keluar dari jalan yang lurus. Oleh itu, beliau
menggaris sepuluh langkah menuju kematangan kebangkitan Islam atau memindahkan
kebangkitan Islam dari masa transisi, impiam mahupun kekeliruan kepada
kedewasaan dan kematangan. Sepuluh langkah yang diutarakannya ialah :
1. Dari Format dan simbol kepada hakikat dan substansi
Di antara
manusia ada yang memerhatikan aspek luaran yang bersifat formalistis daripada
isi kandungan, hanya pada bentuk bukan pada hakikat. Seolah-olah yang penting
adalah memanjangkan jangut, memedekkan pakaian, memmbawa siwak, mengharamkan
semua jenis lagu dan mewajibkan pemakaian purdah untuk wanita. Oleh itu, umat
Islam perlu mencurahkan perhatiannya kepada substansi dan ruh ajaran Islam
daripada format dan bentuk.
2. Dari
retorika dan perdebatan menuju penerapan dan tindakan
di antara
sikap negatifnya ialah bangga dengan sejarah masa dahuku tanpa mengubahnya
dalam bentuk tindakan demi memperbaiki keadaan yang ada sekarang dan
mengembangkannya lagi kea rah yang lebih baik. Membicarakansejarah masa lalu
adalah baik selagi ia mendoromg untuk terus berpacu dalam kejayaan itu. Kita harus
mencipta kejayaan dan tidak harus bangga tentang sejarahnya sahaja.
3. Dari sikap sentimental dan emosional menuju sikap rasional dan ilmiah.
Seorang muslim pasti dapat mengawal perasan dan meletakkan akal pada tempatnya. Ia berfikir secara rasional dan ilmiah.Ia tidak bersikap ektrim dalam mencintai dan membenci, tenggelam dalam dunia khayalan dan kecendurungan untuk bergantung kepada niat semata-mata tanpa berusaha untuk memperhatikan perkara yang benar.
4. Dari orientasi masalah cabang dan remeh menuju masalah pokok dan utama
Menurut al-Qaradawi perkara utama gerakan Islam kini aialah bidang pemikiran dan kebudayaan, bidang pendidikan dan kaderisasi. Pada hematnya, banyak ahli gerakan Islam menyibukkan diri dalam perkara-perkara sunat dan larangan yang besifat makruh sehingga kurang memperhatikan perintah yang bersifat fardu atau larangan-larangan yang bersifat haram.
5. Dari menyulitkan dan ancaman menuju kemudahan dan khabar gembira
Islam merupakan agama rahmat kepada manusia dan alam ini. Rasulullah memerintahkan untuk memudahkan dan tidak mempersulitkan. Pengertian mudah di sini bererti mengikuti manhaj yang memberi keluasan dan toleransi, juga keringanan yang jauh dari tindakan yang sulit, sukar dan berat. Sementara 'mempersulit' adalah manhaj yang menimbulkan kesulitan,kesempitan dan kesukaran terhadap manusia. Allah menjadikan fitrah manusia untuk menyukai kemudahan dan keluasan. Dalam syariat Islam, hukum-hukum dilandaskan atas kemudahan,bukan atas kesulitan.
6. Dari sikap kejumudan dan taklid menuju ijtihad dan pembaruan
Al-Qaradawi menegaskan bahawa pintu ijtihad masih terbuka dan ia sangat diperlukan dalam kondisi sekarang. Beliau membawa hujah Ibn Qayyim dan al-Saukani dalam menolak hujah golongan yang bertaklid dan menggangap pintu ijtihad telah tertutup. Menurut al-Qaradawi, taklid merupakan sifat tercela. Sama ada taklid kepada pendapat ulamak terdahulu mahupun taklid kepada peradaban barat yang melulu. Kedua-dua unsur tersebut menyebabkan kita berada dalam keadaan asing.Taklid terhadap orang-orang terdahulu menjadikan kita asing secara waktu sementara taklid terhadap barat membuat kita asing secara tempat. Memang orang terdahulu dekat dengan kita secara fikiran dan perasaan tetapi mereka tidak merasai masa tempat kita hidup sekarang, tidak merasakan kesulitan dan tekanan yang kita hadapi sekarang serta tidak tahu apa yang kita ketahui sekarang. Sementara orang-orang barat sebab tujuan dan pola berfikir mereka berbeza dengan tujuan dan pola berfikir kita. Maka taklid kepada mereka tidak mungkin menghasilkan sesuatu yang bermanfaat.
3. Dari sikap sentimental dan emosional menuju sikap rasional dan ilmiah.
Seorang muslim pasti dapat mengawal perasan dan meletakkan akal pada tempatnya. Ia berfikir secara rasional dan ilmiah.Ia tidak bersikap ektrim dalam mencintai dan membenci, tenggelam dalam dunia khayalan dan kecendurungan untuk bergantung kepada niat semata-mata tanpa berusaha untuk memperhatikan perkara yang benar.
4. Dari orientasi masalah cabang dan remeh menuju masalah pokok dan utama
Menurut al-Qaradawi perkara utama gerakan Islam kini aialah bidang pemikiran dan kebudayaan, bidang pendidikan dan kaderisasi. Pada hematnya, banyak ahli gerakan Islam menyibukkan diri dalam perkara-perkara sunat dan larangan yang besifat makruh sehingga kurang memperhatikan perintah yang bersifat fardu atau larangan-larangan yang bersifat haram.
5. Dari menyulitkan dan ancaman menuju kemudahan dan khabar gembira
Islam merupakan agama rahmat kepada manusia dan alam ini. Rasulullah memerintahkan untuk memudahkan dan tidak mempersulitkan. Pengertian mudah di sini bererti mengikuti manhaj yang memberi keluasan dan toleransi, juga keringanan yang jauh dari tindakan yang sulit, sukar dan berat. Sementara 'mempersulit' adalah manhaj yang menimbulkan kesulitan,kesempitan dan kesukaran terhadap manusia. Allah menjadikan fitrah manusia untuk menyukai kemudahan dan keluasan. Dalam syariat Islam, hukum-hukum dilandaskan atas kemudahan,bukan atas kesulitan.
6. Dari sikap kejumudan dan taklid menuju ijtihad dan pembaruan
Al-Qaradawi menegaskan bahawa pintu ijtihad masih terbuka dan ia sangat diperlukan dalam kondisi sekarang. Beliau membawa hujah Ibn Qayyim dan al-Saukani dalam menolak hujah golongan yang bertaklid dan menggangap pintu ijtihad telah tertutup. Menurut al-Qaradawi, taklid merupakan sifat tercela. Sama ada taklid kepada pendapat ulamak terdahulu mahupun taklid kepada peradaban barat yang melulu. Kedua-dua unsur tersebut menyebabkan kita berada dalam keadaan asing.Taklid terhadap orang-orang terdahulu menjadikan kita asing secara waktu sementara taklid terhadap barat membuat kita asing secara tempat. Memang orang terdahulu dekat dengan kita secara fikiran dan perasaan tetapi mereka tidak merasai masa tempat kita hidup sekarang, tidak merasakan kesulitan dan tekanan yang kita hadapi sekarang serta tidak tahu apa yang kita ketahui sekarang. Sementara orang-orang barat sebab tujuan dan pola berfikir mereka berbeza dengan tujuan dan pola berfikir kita. Maka taklid kepada mereka tidak mungkin menghasilkan sesuatu yang bermanfaat.
7. Dari
fanatik dan ekslusif menuju toleransi dan inklusif
Menurut al-Qaradawi, berpegang teguh kepada ajaran agama bukanlah bersifat fanatik. Fanatik terjadi apabila seseorang itu memaksa akalnya kepada pemikiran tertentu dan tidak mahu membuka pintu berdialog dengan orang yang berlainan pendapat. Ia menganggap pendapatnya sebagai yang paling benar, tidak mungkin salah serta pendapat orang lain sebagai yang salah dan tidak mungkin benar. Antara ciri-ciri fanatik adalah orang yang tidak melihat selain dirinya, tidak mendengar kecuali ucapannya sendiri dan tidak percaya pada orang lain di luar kelompok atau jamaah yang dianggotainya. Di antara bentuk-bentuk toleransi ialah:
i. Melihat subtansi perkataan, bukan siapa yang mengatakannya
ii. Mengakui kesalahan dengan berani dan terus terang
iii. Menyambut baik kritikan dari luar dengan lapang dada
iv. Muhasabah diri dan menelaah kembali segala tindakan yang dilakukan dengan kesedarn yang tinggi.
v. Meminta nasihata dari pihak lain dengan senang hati
vi. Berlapang dada menarik balik keputusannya demi mencapai kesepakatan dengan pihak lain.
vii. Mengambil manfaat dari apa yang dimiliki pihak lain.
viii. Menghargai orang lain yang berlainan pandangan.
8. Dari sikap berlebihan dan meremehkan menuju kesederhanaan
Islam adalah agama yang moderat. Menurut al-Qaradawi manhaj moderat adalah metode dan cara terbaik yang dapat mengembangkan dakwah Islam sehingga umat Islam mencapai matlamatnya. Orang yang berpaling dari metodologi moderat sama halnya membunuh diri dan membawa kepada kebinasaan. Ia membawa kepada sikap berlebih-lebihan atau meremehkan seperti melalaikan solat. Bentuk dan ciri sikap berlebihan ialah :
a. Tidak mengakui pendapat orang lain dan fanatik terhadap pendapatnya sahaja.
b. Memaksa umat secar keras untuk beramal dan lupa perbezaan mnusia, ada yang kuat dan ada yang lemah, mewajibkan mereka semua dengan amalan sunat tanpa memperhatikan kedudukan mereka.
c. Bertindak keras bukan pada tempatnya dan masanya.
d. Keras dalam berdakwah dan tidak mengikuti manhaj al-Quran yang menyuruh berhikmah dan berlemah lembut.
e. Buruk sangka terhadap manusia dan menghina orang lain.
f. Saling mengkafirkan orang lain.
Menurut al-Qaradawi, berpegang teguh kepada ajaran agama bukanlah bersifat fanatik. Fanatik terjadi apabila seseorang itu memaksa akalnya kepada pemikiran tertentu dan tidak mahu membuka pintu berdialog dengan orang yang berlainan pendapat. Ia menganggap pendapatnya sebagai yang paling benar, tidak mungkin salah serta pendapat orang lain sebagai yang salah dan tidak mungkin benar. Antara ciri-ciri fanatik adalah orang yang tidak melihat selain dirinya, tidak mendengar kecuali ucapannya sendiri dan tidak percaya pada orang lain di luar kelompok atau jamaah yang dianggotainya. Di antara bentuk-bentuk toleransi ialah:
i. Melihat subtansi perkataan, bukan siapa yang mengatakannya
ii. Mengakui kesalahan dengan berani dan terus terang
iii. Menyambut baik kritikan dari luar dengan lapang dada
iv. Muhasabah diri dan menelaah kembali segala tindakan yang dilakukan dengan kesedarn yang tinggi.
v. Meminta nasihata dari pihak lain dengan senang hati
vi. Berlapang dada menarik balik keputusannya demi mencapai kesepakatan dengan pihak lain.
vii. Mengambil manfaat dari apa yang dimiliki pihak lain.
viii. Menghargai orang lain yang berlainan pandangan.
8. Dari sikap berlebihan dan meremehkan menuju kesederhanaan
Islam adalah agama yang moderat. Menurut al-Qaradawi manhaj moderat adalah metode dan cara terbaik yang dapat mengembangkan dakwah Islam sehingga umat Islam mencapai matlamatnya. Orang yang berpaling dari metodologi moderat sama halnya membunuh diri dan membawa kepada kebinasaan. Ia membawa kepada sikap berlebih-lebihan atau meremehkan seperti melalaikan solat. Bentuk dan ciri sikap berlebihan ialah :
a. Tidak mengakui pendapat orang lain dan fanatik terhadap pendapatnya sahaja.
b. Memaksa umat secar keras untuk beramal dan lupa perbezaan mnusia, ada yang kuat dan ada yang lemah, mewajibkan mereka semua dengan amalan sunat tanpa memperhatikan kedudukan mereka.
c. Bertindak keras bukan pada tempatnya dan masanya.
d. Keras dalam berdakwah dan tidak mengikuti manhaj al-Quran yang menyuruh berhikmah dan berlemah lembut.
e. Buruk sangka terhadap manusia dan menghina orang lain.
f. Saling mengkafirkan orang lain.
Al-Qaradawi menggariskan intisari ajaran moderat ini ialah :
i.Berasaskan kemudahan dan khabar gembira. Kemudahan dalam hukum-hakam dan khabar gembira dalam berdakwah.
ii.Berpaduan antara salafiah dan pembaruan atau antara tradisi dengan kemodenan.Maksud salafiah ialah kembali kepada al-Quran dan al-Sunnah dan pembaharuan adalah menyatu dan mengikuti perkembangan dan tuntutan zaman.
iii.Penyesuaian antara salafiah dan sufisme dengan mengambil ajaran yang terbaik dari kedua-duanya sehingga menghasilkan jalan terbaik dari kedua-duanya.
iv.Bersikap moderat antara aliran zahiriyah dengan golongan takwil.Moderat antara sikap yang kaku dalam melihat zahir nas dan sikap yang berlebih-lebihan dalam mentakwilkan teks-teks agama.tidak terlalu luas dan tidak kaku.
v.Perimbangan antara perkara yang sabit dengan perkara yang berubah-ubah dalam Islam
vi.Melihat dan memperhatikan realiti.tidak banyak berbicara tentang masa lalu sehingga lupa akan masa depan atau terlalu idealistic tanpa melihat realiti yang ada.
vii.Toleransi dan hidup dalam ukhuwwah serta saling hormat menghormati.
viii.Berlandaskan syura dan memberi kebebesan kepada masyarakat.
ix.Megembalikan kedudukan wanita sebagai saudara kembar bagi kaum lelaki.
x. Menghidupkan kembali ijtihad.
9. Dari kekerasan dan kebencian menuju lemah lembut
dan rahmati.Berasaskan kemudahan dan khabar gembira. Kemudahan dalam hukum-hakam dan khabar gembira dalam berdakwah.
ii.Berpaduan antara salafiah dan pembaruan atau antara tradisi dengan kemodenan.Maksud salafiah ialah kembali kepada al-Quran dan al-Sunnah dan pembaharuan adalah menyatu dan mengikuti perkembangan dan tuntutan zaman.
iii.Penyesuaian antara salafiah dan sufisme dengan mengambil ajaran yang terbaik dari kedua-duanya sehingga menghasilkan jalan terbaik dari kedua-duanya.
iv.Bersikap moderat antara aliran zahiriyah dengan golongan takwil.Moderat antara sikap yang kaku dalam melihat zahir nas dan sikap yang berlebih-lebihan dalam mentakwilkan teks-teks agama.tidak terlalu luas dan tidak kaku.
v.Perimbangan antara perkara yang sabit dengan perkara yang berubah-ubah dalam Islam
vi.Melihat dan memperhatikan realiti.tidak banyak berbicara tentang masa lalu sehingga lupa akan masa depan atau terlalu idealistic tanpa melihat realiti yang ada.
vii.Toleransi dan hidup dalam ukhuwwah serta saling hormat menghormati.
viii.Berlandaskan syura dan memberi kebebesan kepada masyarakat.
ix.Megembalikan kedudukan wanita sebagai saudara kembar bagi kaum lelaki.
x. Menghidupkan kembali ijtihad.
Metodologi dakwah ditegakkan atas lemah lembuh, rahmat dan kasih saying. Rasulullah sentiasa menyeru kepada kelembutan dan menolak kekerasan. Al-Qaradawi menggariskan faktor-faktor kekerasan yang timbul di dunia Islam iaitu ;
a. Penindasan tehadap kaum muslimin seperti di Palestin, Chechnya dan Sudan
b. Penguasa yang zalim serta penindasan terhadap ahli gerakan Islam.
c. Membasmi aliran pemikiran moderat sehingga aliran pemikiran radikal menguasai orang ramai.
d. Kekurangan dalam pemikiran dan pengetahuan para pendakwah yang mengutamakan formalitas daripada substansi dan tujuan.
10. Dari ikhtilaf dan perpecahan menuju persatuan dan ukhuwwah.
Perkara yang dikhuatiri oleh al-Qaradawi adalah pertarungan, pentengkaran, perpecahan, saling mencurigai, bahkan saling menghancurkn antara sesama ahli gerakan Islam. Penyakit hasad dengki dan balas dendam terjadi di kalangan umat Islam..
Menurut al-Qaradawi, ahli gerakan Islam perlulah pemaaf dan saling memperkukuhkan ikatan persaudaraan. Adalah penting mereka memahami fiqh al-Ikhtilaf antaranya ialah :
i. Mengganggap perbedaan dalam perkara cabangan fikih sebagai rahmat dan kelapangan bagi umat ini serta kekayaan dalam proses pengambilan hukum.
ii. Memandang kemungkinan adanya kebenaran dalam pendapat yang berbeda
iii. Memandang bahawa orang yang berijtihad pasti akan mendapat pahala walaupun salah dan dimaafkan.
iv. Bersikap objektif terhadap pendapat yang berbeda dan mengemukakan pendapat yang lebih baik serta bersikap adil.
v. Bekerjasama dalam hal-hal yang disepakati.
Inilah sepuluh perkara yang menjadi asas kematangan dalam kebangkitan Islam kini. Beliau berharap kebangkitan Islam perlu ke tahap yang lebih baik dengan pengarahan yang lebih bijaksana dan teratur.
PENGAJARAN DARI MASA LALU ANTARA MADINAH DAN ANDALUSIA
Di atas sebuah pintu gerbang universiti
Andalusia tertulis dengan megah: “Dunia ini dibangunkan di atas empat tiang
utama: keilmuan para sarjana, keadilan para pemimpin, doa orang-orang Soleh dan
keberanian para pahlawan.” Keunggulan tamadun Islam, baik yang berlaku di
Andalusia mahupun di sebelah dunia lainnya, bertitik tolak daripada keunggulan
Islam. Sehingga seseorang dengan penuh keyakinan dapat mengatakan bahawa tanpa
Islam,
bangsa Arab, Farsi, Spanyol, Turki dan
Melayu, tidak akan pernah mengecapi zaman kegemilangan sebagaimana mereka
kecapi setelah mereka menerima Islam. Walaupun penyataan ini terlihat triumphalist
namun hakikatnya ia didukung oleh kenyataan sejarah bagi bangsa-bangsa yang
disebutkan di atas.
Berdasarkan fakta di atas juga maka sesuatu
penyelidikan mengenai keunggulan tamadun Islam di Andalusia tidak sempurna
tanpa menyelidiki terlebih dahulu bibit-bibit kecemerlangan yang ditanamkan
pada generasi awal Islam. Analisis yang mendalam terhadap sirah Rasulullah SAW akan
membawa seseorang kepada hakikat bahawa pembinaan generasi unggul telah mula
dilakukan oleh Rasulullah sejak baginda
diutus sebagai Rasul. Malah di tangan bagindalah masyarakat Arab mula melalui
proses transformasi sosial dan kebudayaan. Maka kita dapat katakan kejayaan
umat Islam baik di Andalusia mahupun di sebelah dunia lainnya bertunjangkan
asas-asas yang telah dibina oleh Rasulullah SAW di Madinah. Andalusia tidak
berdiri sendiri di dalam ruang kosong, ia hasil daripada himpunan tradisi
kecemerlangan yang akarnya adalah pandangan alam Islam dan tunjangnya adalah
Tawhid.
Andalusia hanya salah satu pusat kebudayaan
dari banyak lagi pusat kebudayaan yang dibina oleh kerajaan Islam. Andalusia
sering diangkat sebagai model terbaik kerana meninggalkan kesan dan warisan
yang luar biasa sehingga ke hari ini. Ia juga dianggap besar kerana telah
membukakan pintu kemajuan bagi tamadun Barat. Ringkasnya Andalusia besar kerana
dari rahimnya telah lahir tamadun lain yang juga besar, iaitu tamadun Barat.
Namun, perlu diingat
bahawa banyak lagi daerah lain yang
dibangunkan oleh umat Islam. Baghdad dan Kaherah juga merupakan pusat
kebudayaan dan keilmuan yang unggul.
Ramai ilmuwan terkenal dan saintis ulung juga
dilahirkan dan mengabdi di tempat-tempat lain selain Andalusia, seperti di
Baghdad, Damashiq, Kaherah dsb. Malah boleh dikatakan bahawa Andalusia hanyalah
satu mata rantai dari banyak mata rantai lain yang membentuk peradaban Islam.
Sebelum Andalusia, Baghdad adalah pusat peradaban Islam yang melahirkan ramai
ilmuwan dan saintis terkemuka. Mata rantai tersebut bermula di Madinah dan
berakhir di Acheh atau Demak di Nusantara pada abad ke-16 dan 17. Namun
malangnya projek ketamadunan di Nusantara terhenti dengan kehadiran penjajah.
Isnin, 27 Mei 2013
PEMBANGUNAN INSAN SEBELUM PEMBANGUNAN TAMADUN
Terdapat salah faham yang meluas di kalangan
umat Islam bahawa agama tidak berkaitan secara langsung dengan pembinaan
tamadun. Masyarakat pada umumnya tidak melihat hubungan antara aqidah dengan
kemajuan dalam bidang sains dan teknologi. Sebenarnya tawhid mempunyai peranan
yang besar dalam pembangunan manusia. Kita dapat melihat bahawa para rasul diutus
untuk melaksanakan misi yang bersifat transformatif dan liberatif. Misi
untuk membebaskan manusia daripada pelbagai
belenggu yang mengikatnya
dan menahannya daripada kemajuan.
Kita dapat melihat juga bahawa Rasulullah SAW
memberi tumpuan yang besar pada pembinaan generasi unggul. Baginda sama sekali
tidak menekankan pembangunan infrastruktur. Adalah satu bentuk kebijaksanaan
apabila beliau memahami bahawa melalui pembinaan generasi yang unggul, maka
generasi ini akan mencipta kecemerlangan demi kecemerlangan dalam pelbagai
bidang. Konsep inilah yang pada hari ini dikenali dengan pembangunan modal
insan. Setelah berhasil membina individu unggul, individu ini kemudiannya mempunyai
persiapan mental, fizikal dan rohani yang mantap untuk memikul misi pembangunan
tamadun Islam. Pada zaman al-Khulafa al-Rashidun, para Khalifah tidak
hanya menumpukan kepada perluasan daerah Dar
al-Islam, tetapi juga membina negara / khilafah yang
kukuh dan makmur. Untuk merealisasikan hal ini Sayidina Umar telah melaksanakan
beberapa agenda penting pembangunan negara. Bahkan beliau tidak segan-segan
mengambil sistem yang datang dari luar seperti Dewan Farsi. Agenda pembangunan
beliau ketika itu adalah antara lain (Syed Omar Syed Agil 1998): (i) reformasi
dan pembangunan sistem pentadbiran negara, (ii) reformasi dan pembangunan
dalam sistem ekonomi, (iii) pembangunan
sektor pertanian, (iii) reformasi dan pembangunan sistem politik, (iv)
reformasi dalam ketenteraan, dan (vi)reformasi dan pembangunan sistem
pendidikan.
Banyak bukti yang menunjukkan bahawa
pembangunan tamadun didahului dengan pembangunan manusia. Tumpuan diberikan
pada bagaimana melahirkan pemimpin yang bukan hanya berkemampuan tetapi juga
bertanggungjawab, beramanah dan bertaqwa. Menyedari hal ini, kepada para
pegawainya Sayidina Umar berpesan (Ibn Taymiyyah 1988):
Kepada Malik b. Ashtar, Gabenor Mesir,
Khalifah Sayidina Ali berpesan
“Ingatlah,
aku tidak melantik kalian agar kamu menjadi
penguasa kuku besi ke atas rakyat. Aku
mengutus kalian
sebagai pemimpin agar rakyat dapat mencontohi
kalian.
Berikanlah kepada mereka segala hak mereka…”
“Ini adalah perintah daripada Ali kepada
Malik b. Ashtar
ketika dilantik sebagai pemerintah di Mesir,
supaya
mengumpulkan zakatnya, menjamin kesejahteraan
dan
menguruskan tanahnya. Dia memerintahkannya
supaya
takut kepada Allah… engkau harus sentiasa
merujuk
kepada amalan menghukum dengan adil, tradisi
yang
mulia, dan contoh daripada Rasulullah saw
atau ketetapan
daripada al-Qur’an dan ikuti contoh kami
bagaimana
mengamalkannya… sesungguhnya kita akan
kembali
kepadaNya….”
Kekuatan dalaman dan luaran yang dibina oleh
generasi awal Islam inilah yang membawa mereka kepada mercu kejayaan yang
dikecapi oleh generasi generasi seterusnya. Konsep pembangunan modal insan yang
dicanangkan oleh pemikirpemikir Barat tidak dapat diterima oleh Muslim kerana
ia bertentangan dengan pandangan alam Islam. Terdapat kekeliruan yang asas
dalam konsep manusia yang dipegang oleh para pemikir Barat. Dalam Islam,
manusia tidak hanya dilihat daripada sudut kebendaan dan ekonomi semata– mata
tetapi sebagai makhluk
Allah yang dianugerahkan roh dan akal.
Makhluk ini juga bertanggungjawab kepada Allah sebagai Pemilik, Penguasa dan
Pentadbir sebenar. Pembangunan insan yang seutuhnya meliputi pembangunan
fizikal, rohani dan intelektual.
Pembangunan insan yang menyeluruh ini tidak
menekankan kebendaan sehingga tercipta manusia yang maju dari segi kebendaan
tetapi rosak dari segi rohani atau pemikiran. Ini kerana pada hakikatnya
manusia rosak seperti ini tidak akan memberi sumbangan yang baik kepada negara
dan bangsa. Konsep ‘Umran Bashari (pembangunan manusia) seperti yang diutarakan
oleh Ibn Khaldun (2004) menekankan
pembangunan yang menyeluruh sehingga menghasilkan manusia yang seimbang. Ibn
Khaldun juga membezakan antara pembangunan yang berdasarkan akal semata-mata
dengan pembangunan yang berdasarkan agama. Pembangunan yang berdasarkan akal
sahaja katanya hanya membawa kepada manfaat di dunia sahaja tetapi pembangunan
yang berdasarkan agama, manfaatnya bukan sahaja di dunia tetapi juga di
akhirat.
Baginya politik dan pemerintahan yang
bersandarkan pada petunjuk agama adalah yang terbaik.
KERAJAAN YANG BIJAKSANA: UNSUR TERPENTING DALAM KEJAYAAN SEBUAH TAMADUN
Tidak seperti yang selalu digambarkan,
pemerintahan Islam tidak selamanya penuh dengan perebutan kuasa dan pertumpahan
darah. Terdapat masa di mana kekuasaan bersifat kuku besi berleluasa dan ada masanya
pemerintahan sultan yang adil dan bijaksana berlaku untuk sekian lama. Pembangunan
ilmu adalah langkah pertama yang dilakukan oleh sultan Andalus. Sultan pertama,
Abd al-Rahman b. Mu’awiyah al-Dakhil yang merasa cukup dengan gelaran Amir (pemimpin)
Andalus, memerintahkan rakyatnya membina masjid pada tahun 786 H. Masjid itu
dikenali dengan masjid Kordoba. Setelah pembinaan masjid sultan, seterusnya
membina perpustakaan yang besar dengan hartanya sendiri. Seperti dicatat oleh
seorang sejarawan
Barat, Stanley Lane-Poole (1967), bahawa
al-Hakam memiliki lebih 400,000 buah buku. Pada zaman itu belum wujud
percetakan seperti hari ini. Semua koleksi tersebut hasil tulisan tangan. Jika
dia tidak dapat membeli yang asli dia memerintahkan orang untuk menyalinnya.
Kesemua koleksi buku tersebut dikatakan telah dibaca oleh sultan. Sehingga
al-Hakam II dikenal sebagai kutu buku.
Al-Hakam juga dikatakan sultan pertama yang
membina universiti di Andalusia. Bahkan beliau juga menjadi penaung yang
membiayai kegiatan ramai sarjana dan saintis Andalusia. Hasil kebijaksanaan
para pemimpinnya, sewaktu kegemilangan kota Kordoba memiliki 600 buah masjid,
900 tempat mandi awam, 50 hospital, dan beberapa pasar tempat perniagaan dan
perdagangan. Seseorang boleh berjalan di waktu malam sejauh puluhan batu kerana
lampulampu
dinyalakan untuk menerangi jalan. Hanya 700
tahun kemudian hal ini terjadi sebagai inovasi besar di London dan Paris.
Kebijaksanaan sultan-sultan Andalusia amat
nyata. Seorang lagi sultan Andalusia, Abd al-Rahman III, digambarkan sebagai
berikut (Gayangos 1843):
“...penguasa yang lemah lembut dan paling
berpengetahuan. Kelemahlembutannya, kemurahan hatinya, dan kecintaannya akan
keadilan telah menjadi buah mulut di mana-mana; tidak seorang pun dari anak
cucunya pernah melampaui dia dalam hal keberanian di medan tempur dan
keunggulan lainnya yang menjadikan dia sebagai seorang penguasa yang cekap dan dicintai;
ia mencintai ilmu dan disegani oleh orang terpelajar. Dengan orang-orang inilah
ia gemar melakukan pembicaraan, menghabiskan masa yang ia curi daripada
pekerjaan pentadbiran. Di istananya ia mengadakan pertemuan sastera yang dihadiri oleh semua penyair terkemuka
dan orang-orang terpelajar.”
Mengenai kejayaan pembangunan di Andalusia,
Lane Poole mengatakan :
“Kordoba memiliki semua keindahan dan
perhiasan yang memanjakan mata serta menyilaukan pandangan. Deretan panjang
Sultan-sultannya membentuk mahkota keagungannya;
kalungnya adalah untaian mutiara yang
dikumpulkan para penyairnya dari lautan bahasa; gaunnya adalah pengetahuan yang
gilang-gemilang, dirajut kemas oleh para lelaki dan
perempuan terpelajar; dan pakar semua cabang
seni dan industri adalah baju kebanggaannya”.
Kebijaksanaan seseorang pemimpin terpancar
apabila ia dapat membawa masyarakat yang dipimpinnya ke arah kecemerlangan dan
kejayaan yang hakiki.
Daripada sudut pandangan Islam, kejayaan
hakiki sudah tentu mengambil kira
kesejahteraan aqli, jasadi dan rohani. Dalam al-Muqaddimah,
Ibn Khaldun (2004) mencatat surat yang ditulis oleh Tahir bin al-Husayn (m.
844) untuk anaknya, Abdullah b. Tahir, yang dilantik oleh khalifah al-Ma’mun
(m. 833) untuk menjadi gabenor di al-Raqqah dan Mesir dan daerah antara
keduanya.
Isi surat nasihat ini sampai kepada
pengetahun al-Ma’mun. Setelah membaca
kandungan surat tersebut al-Ma’mun
memerintahkan agar surat tersebut
disebarluaskan kepada semua pegawai kerajaan
untuk menjadi panduan mereka
dalam bekerja. Di bawah ini beberapa perkara
penting yang ditekankan dalam
surat tersebut:
a. Menjaga ibadah harian;
b. Mempelajari agama, mendekati ahli agama;
c. Bersikap sederhana dalam setiap perkara,
tidak berlebihan dalam hal
keduniaan;
d. Bersangka baik dengan orang lain dan
berhati-hati dalam membuat
tuduhan;
e. Mengikuti perintah agama dan melaksanakan
hudud;
f. Mendekati orang soleh dan menjauhi orang
yang buruk akhlaknya;
g. Melabur harta negara untuk kepentingan dan
kemudahan rakyat;
h. Selalu mendengar pandangan fuqaha, pakar
dan ilmuwan. Tidak
mendengar pandangan orang-orang yang
mementingkan keduniaan;
i. Tidak bersikap bakhil khususnya kepada
orang bawahan;
j. Bersikap adil kepada semua orang termasuk
kepada musuh, tidak
pilih kasih atau mementingkan golongan
tertentu (nepotisme,
kronisme);
k. Menjaga kebajikan orang bawahan;
l. Menghormati orang-orang besar dan
berpengaruh dalam masyarakat;
m. Melantik orang yang akan melaporkan segala
tindak tanduk dan
prestasi para pekerja;
n. Berlembut dan beramah mesra dengan rakyat;
o. Mendekati para ulama. Menghormati orang
yang tidak takut akan
kebesaranmu untuk memberi nasihat yang jujur
kepadamu;
p. Jangan mengungkit pemberianmu kepada
rakyat.
Tradisi kepimpinan yang bijaksana inilah yang
telah ditanamkan pada
generasi kehebatan tamadun Islam. Al-Mawardi
(975-1059) dalam bukunya
al-Ahkam al-Sultaniyyah menggariskan 6 sendi utama yang
mesti wujud dalam
sebuah pemerintahan Islam:
1. Penghayatan agama yang mendalam;
2. Penguasa yang berwibawa;
3. Keadilan yang menyeluruh;
4. Keamanan yang merata. Di sini al-Mawardi
menyadari bahwa
konflik yang berpanjangan akan menjadi
penghalang kepada kemajuan
yang berterusan;
5. Kesuburan Tanah yang berkesinambungan;
6. Harapan Kelangsungan Hidup (Munawir
Sjadzali 1993).
KETINGGIAN BUDAYA ILMU
Umat Islam di Andalusia merupakan contoh
kepada masyarakat Eropah dalam segala hal. Umat Islam mencipta budaya tinggi (high
culture). Umat Islam menjunjung tinggi nilai-nilai yang membolehkan mereka
memimpin masyarakat Dunia. Mereka adalah simbol ketertiban, kesopanan,
kebersihan, kebijaksanaan, ketamadunan, persamaan, dan kemajuan. Mereka adalah
contoh
masyarakat yang memiliki budaya yang tinggi.
Budaya ilmu adalah budaya yang diwarnai oleh kebijaksanaan dalam berfikir dan
bertindak. Sesiapa sahaja, baik raja, pemimpin, atau rakyat kecil, akan
berfikir dan bertindak dengan betul dan bijaksana, tidak mengikuti emosi,
marah, atau angkuh.
Terdapat beberapa ciri khas bagi masyarakat
yang cerdas dan memiliki budaya ilmu:
1. Peranan
besar ilmuwan dalam mencerdaskan dan mencerahkan masyarakat. Mereka tidak
terpisah daripada masyarakat tetapi berfungsi sebagai agen perubahan dan
pencerahan. Ilmuwan dalam Islam, seperti ditegaskan oleh Siddiq Fadzil (2006),
mempunyai misi tahriri-tanwiri-taghyiri. Ilmuwan dalam sistem pendidikan
yang mengutamakan keuntungan seringkali menjadi alat dan bukan agen perubahan
dan pencerahan. Masyarakat tidak menghormati dan merujuk kepada ilmuwan
sebaliknya banyak dipengaruhi oleh para penghibur, kapitalis, penguasa
absolutis dan akibatnya masyarakat menjadi tidak cerdas dan tidak berbudaya
ilmu.
2. Penghormatan
terhadap autoriti. Kepakaran dan autoriti adalah penting untuk memastikan
keputusan dilakukan berdasarkan ilmu dan kebijaksanaan dan bukan mengikut hawa
nafsu dan emosi (Wan Mohd Nor Wan Daud 1997). Kerosakan akan timbul apabila
yang menjadi rujukan dalam memahami Islam adalah orang-orang yang jahil. Banyak
kesilapan dan malapetaka berlaku yang berpunca daripada keputusan diambil oleh
pemimpin dengan membelakangi para pakar dalam
bidangnya. Hal ini jelas apabila diselidiki punca kekalahan umat Islam di
Barcelona di zaman Andalusia.
3. Segala
persoalan dibahas dengan bijaksana dan dewasa. Sikap absolutis, autoritarian
dan kuku besi tidak melambangkan kebijaksanaan dan kedewasaan. Dalam peradaban
Islam yang asal, ilmu yang berkuasa dan bukan kuasa politik. Setelah prinsip musyawarah
diketepikan, ilmu tidak menjadi ukuran, ulama ditindas maka perpecahan mula
berlaku dan masyarakat hidup dalam kegelapan
4. Pengangkatan
seseorang pemimpin berdasar ilmu, kemampuan dan akhlak. Ketiga-tiga perkara ini
telah menjadi kriteria pemilihan pemimpin pada zaman Rasulullah s.a.w dan al-Khulafa
al-Rashidun. Sebaliknya apabila pengangkatan dilakukan berdasar keturunan,
wang
dan kuasa maka ia mencerminkan bahawa
masyarakat yang bertangggungjawab adalah masyarakat yang tidak cerdas dan tidak
berbudaya ilmu.
5. Masyarakat
yang cerdas dan berbudaya ilmu adalah masyarakat yang terbuka fikirannya dan
maju cara berfikirnya. Mereka menerima sesuatu pandangan berdasarkan kekuatan
hujah dan ilmu. Masyarakat yang tidak cerdas adalah masyarakat yang jumud dan sempit
cara berfikirnya. Mereka menerima sesuatu pandangan berdasarkan kejahilan,
ketaksuban dan kefanatikan.
6. Masyarakat
yang cerdas dan berbudaya ilmu adalah masyarakat yang mempunyai sahsiah dan
jati diri yang mantap. Mereka berpegang pada prinsip-prinsip dan nilai-nilai
yang berdasarkan pandangan alam dan agama yang tersendiri. Mereka tidak
berkiblat ke Barat mahupun ke Timur. Kerananya mereka tidak menjadi seperti
buih yang mudah dipukul ombak.
Untuk melakukan sesuatu dengan tepat, betul
dan bijaksana, seseorang perlu terlebih
dulu mengerti tempat bagi segala sesuatu (adil). Orang yang keliru tidak akan
dapat melakukan perkara dengan betul dan bijaksana. Pada hari ini kita sering
melihat orang besar diperkecilkan dan orang kecil diperbesarkan. Orang yang
tidak layak, diangkat menjadi pemimpin dalam bidang-bidang yang penting dalam
menentukan nasib umat. Maka dari itu sangat penting bagi kita mengenal dan
mengangkat orang-orang yang benar-benar berilmu. Dan membezakannya dengan
orang-orang yang hanya mengumpul maklumat dan memiliki ijazah. Ini penting
kerana menurut Wan Mohd Nor Wan Daud (2007):
“Guru-guru yang tidak berwibawa sebaliknya
akan membazirkan banyak waktu, tenaga dan harta membesarkan isu-isu dan
tokoh-tokoh kecil, dan mengecilkan isu-isu dan tokoh-tokoh yang sebenarnya
besar; merongkaikan dasar-dasar yang telah kukuh disepakati ilmuwan muktabar
sekian lama; menggunakan slogan-slogan
popular tanpa huraian bermakna. Ilmu akan rosak. Ilmuwan sebenar akan
disisihkan. Selain itu, guru-guru yang kurang wibawa akan cenderung berpegang kepada
ide-ide, dasar-dasar dan amalan yang selalu berubahrubah,
menolak sesuatu idea, dasar dan amalan dengan
keras yang kemudiannya akan dipeluknya dengan melampau”. Keunggulan Tradisi
Keilmuan Islam tercermin apabila para sultan begitu
dekat dengan ulama. Sultan Abu Yusuf
Yaqub (1160-1199) meminta Ibn Rushd untuk menulis tentang falsafah Aristotle
supaya dapat difahami dengan baik, mana yang bermanfaat dan mana yang tidak.
Atas sokongan yang diberikan olehnyalah Ibn Rushd berhasil menjadi ilmuwan yang
terbilang. Ibn Khaldun juga mempersembahkan karya monumentalnya al-Ibar sebanyak
tujuh jilid kepada Sultan Zahir Barquq di Mesir dan Sultan Abu Faris di Fez.
Mengetahui kehebatan Ibn Khaldun, sultan mengangkatnya menjadi Hakim besar
Mesir.
Jelas terdapat kepedulian yang tinggi di
kalangan para sultan terhadap ilmu dan ilmuwan. Tradisi keilmuan seperti inilah
yang menjadikan budaya ilmu semakin subur. Kerana adanya galakan dan sokongan
para penguasa, para ilmuwan bersemangat dan didorong untuk menguasai pelbagai
bidang keilmuan. Setiap jerih payah mereka terasa dihargai dan berguna kepada
masyarakat dan
negara. Kehebatan sultan tidak menjadikan
para ilmuwan kerdil. Ulama juga tidak mudah merendahkan martabat mereka demi
meraih keuntungan duniawi. Mereka merasa berhak menegur dan memberikan kritikan
terhadap pemerintah. Para khalifah pun menghargai dan menghormati teguran
tersebut. Khalifah Abdul Rahman III pernah ditegur kerana tertinggal solat
Jumaat oleh seorang Qadi bernama Munzir al-Balluti. Ketika ditanya oleh
puteranya sama
ada beliau mahu memecat Qadi tersebut Sultan
menjawab: “Aku lebih rela memutus hubungan denganmu, tapi aku tidak akan
memecat Qadi ini yang merupakan satu nikmat Allah SWT kepada kita semua. Aku
akan solat Jumaat di belakangnya selagi dia masih hidup” Para Ulama berperanan
sebagai penasihat yang baik dan pemerhati yang bijak atau kini dalam sistem
demokrasi dikenali dengan istilah check and balances. Abu Yusuf menulis
kitab al-Kharaj yang didalamnya terkandung juga nasihat-nasihat kepada
penguasa, Al-Mawardi menulis Nasihat al-Muluk, al-Ghazali menulis al-Tibr
al-Masbuk fi Nasihat al-Muluk, di Alam Melayu kita ada Raja Ali Haji yang
menulis Thamarat al-Mahammah Diyafatun li al- Kubara wa Ahl al-Mahkamah.
Ulama-ulama besar ini tidak sesekali berfungsi sebagai alat untuk
menjustifikasikan kuasa kuku besi khalifah atau sultan mereka.
PEMERINTAHAN YANG ADIL: RAHSIA PENTING KEGEMILANGAN ANDALUSIA
Amat jelas bahawa Andalusia membangun dengan
pesat kerana raja-rajanya memerintah dengan adil. Perlu kita fahami bahawa
keadilan bukan hanya satu konsep yang berkaitan dengan pemerintahan dan politik
sahaja. Sebelum ia menjadi konsep politik ia adalah konsep yang bersifat
kerohanian dan metafizik. Pendek kata, seseorang yang tidak bersikap adil
kepada Tuhannya tidak akan bersikap adil kepada rakyatnya. Seseorang yang tidak
tahu bagaimana
menempatkan ilmu dan kejahilan tidak akan
dapat membangunkan negara. Ketika al-Hakam I (796) menaiki takhta untuk
menggantikan ayahnya Hisham, ayahnya berpesan (Scott 1904):
“Hendaklah kamu berlaku adil kepada semua
tanpa mengira miskin atau kaya, berbuat baik dan berlemah lembut kepada orang
yang bergantung kepadamu kerana semuanya samasama
ciptaan Allah. Amanahkan penjagaan kota-kota
dan daerah-daerahmu kepada ketua yang setia dan berpengalaman; kenakan hukuman
tanpa belas kasihan menteri-menteri yang menindas rakyatmu; uruskan tenteramu
dengan sederhana dan tegas; ingatlah bahawa senjata diberikan kepada mereka
untuk mempertahankan diri bukan untuk menghancurkan Negara mereka; dan ingatlah
bahawa mereka dibayar secara berterusan kerana mereka diharap terus menunaikan
tanggungjawab mereka; berusahalah untuk mendapatkan kecintaan rakyat terhadapmu,
kerana dengan kecintaan mereka akan aman negara ini, dengan ketakutan mereka
akan bahaya negeri ini,
dengan kebencian mereka akan rosak negeri
ini. Lindungilah tanah dan gandum yang sentiasa menjadi sumber kekuatanmu; jangan
biarkan hasil tuaian mereka musnah, atau hutan mereka
dirusakkan; berbuatlah apa sahaja agar
rakyatmu merestuimu dan mereka dapat hidup di bawah lindunganmu, dan hanya dengan
demikian engkau akan menjadi sultan yang paling disanjung.”
Namun malangnya al-Hakam I tidak mengikuti
pesan ayahnya. Al-Hakam I justeru menjadi pemerintah yang zalim dan tidak
peduli bahkan kejam terhadap rakyat. Dia sultan pertama yang dikelilingi oleh 6
ribu pengawal peribadi. Beliau menghukum rakyatnya dengan kejam walaupun atas
kesalahan yang kecil. Pada zamannya berlaku beberapa pemberontakan. Dia
bertanggungjawab melakukan pembunuhan
terhadap pembesar-pembesar Toledo, satu peristiwa
yang dinamakan “Day of the Ditch”. Pada zaman
dialah Barcelona jatuh ke tangan Kristian dan ia adalah kemenangan besar
pertama yang diperolehi oleh Kristian dan memberi mereka semangat baru
menyerang umat Islam (Abd al- Wahid al-Marakeshi 1968).
Kerajaan yang zalim seperti ditulis oleh Ibn
Khaldun (2004) akan merusakkan pembangunan negara. Penguasa Abd al-Rahman I
walaupun bermusuhan dengan khalifah Abbasiah tidak mendakwa dirinya khalifah tetapi
beliau merasa cukup dengan gelaran Amir. Beliau menumpukan kepada pembangunan
Negara dan mengukuhkan kekuatan ketenteraan. Gelaran
khalifah hanya digunakan oleh raja dinasti
Umawiyyah ke-8, Abd al-Rahman III. Namun zaman kegemilangan bagi pemerintahan
dinasti Umawiyyah di Andalusia juga bertahan sehingga Abd al-Rahman III
(912-961). Menarik untuk dicatat bahawa kehadiran umat Islam di Andalus bukan
satu bentuk agresi tetapi atas permintaan pemerintah bahagian Ceuta ketika itu
yang bernama Julian (dalam bahasa Arab Alyan) untuk membalas dendam terhadap Raja
Roderic yang telah melakukan kekejaman dan penindasan di Andalusia.
Setelah pemerintahan dinasti Umawiyyah,
Andalusia mula berada di ambang kejatuhan. Di samping serangan bertubi-tubi
dilakukan oleh Kristian untuk melakukan penaklukan semula (reconquest),
perpecahan dalam tubuh umat Islam mula berlaku. Sultan terakhir dinasti
Umawiyyah adalah Hisham III b. Muhammad (1027-1036). Hanya pada zaman al-Muwahhidun
Andalusia kembali bersinar khususnya dibawah pimpinan Yusuf Abu Ya’qub (1163- 1184).
Dinasti al-Muwahhidun, begitu juga sebelumnya al-Murabitun, berhasilmenyekat
kemaraan kuasa Kristian dan mempertahankan Andalusia dari dirampas. Tetapi
pemerintahan dinasti al-Muwahhidun hanya bertahan 139 tahun. Kekalahan getir
al-Muwahhidun berlaku dalam perang Las Navas de Tolosa pada 1212 yang berpunca
dari keengganan sultan mendengar nasihat para
panglimanya yang berpengalaman. Kekalahan ini
menyebabkan 70,000 orang Islam disembelih atas arahan paderi Toledo. Setelah
sultan terakhir al-Muwahhidun, sultan Muhammad al-Nasir meninggal, Andalusia berada
dalam gerbang kehancuran. Khalifah terakhir, Abu Abdullah terpaksa menyerahkan
Granada, benteng pertahanan terakhir, ke tangan Ferdinand pada tahun 1492
kerana telah 7 bulan dikepung dan khalifah bimbang akan ramai rakyatnya yang
mati kebuluran. Pada saat meninggalkan Granada khalifah melinangkan air mata,
Ibunya lalu berkata kepadanya: “Jangan menangis seperti seorang perempuan untuk
sesuatu yang tidak dapat kau pertahankan seperti seorang lelaki”.
Nasib Andalusia setelah ketiadaan
pemerintahan Islam amat menyedihkan. Bangsa pendatang yang disebut Mooris
dihukum bunuh dan diusir secara besarbesaran,hanya kerana mereka orang Islam.
Mereka yang ingin kekal berada di Spanyol mesti bertukar agama. Bukan hanya
umat Islam yang ditindas, umat Kristian yang beraliran Unitarian juga dipaksa
bertukar kepada Trinitarian, begitu juga kaum Yahudi. Inquisisi dilaksanakan
dengan amat kejam, seseorang yang tidak mengamalkan ajaran Trinitarian akan dia
adili, digantung dan dibakar, sehingga masyarakat Spanyol berada dalam
kegelapan kembali setelah berada dalam kemuncak ketamadunan Hanya pada 1813 inquisisi
dinyatakan sebagai bertentangan dengan perlembagaan dan dihapuskan pada
1834. Inquisisi ini jugalah, menurutAhmad Thomson, yang menimbulkan
kebencian masyarakat Eropah kepada
agama dan melahirkan semangat ilmiah moden
yang anti Tuhan.
Keadilan
tercermin dalam polisi kerajaan Islam. Antara sikap adil seorang penguasa yang
paling penting adalah meletakkan seseorang pada tempatnya yang sesuai. Seorang
penguasa yang adil tidak akan melantik seseorang yang tidak layak sedangkan ada
orang yang lebih layak walaupun ia adalah saudaranya atau kaum kerabatnya. Zaman
kegemilangan tamadun Islam ditandai dengan zaman umara (pemerintah)
menghormati ulama (ilmuwan). Sebaliknya zaman kejatuhan
juga ditandai dengan kerakusan umara sehingga
sanggup memperalat ulama. Ibn Khaldun (1332-1406) hidup di era kejatuhan
tamadun Islam di Afrika Utara dan Andalusia. Beliau telah menyaksikan bagaimana
kerajaan-kerajaan yang gagah perkasa tumbang satu persatu. Walaupun beliau
telah dilantik menjadi perdana menteri dan orang besar ketika beliau berada di
Andalusia
dan Tunisia. Namun beliau sering juga
diperalat oleh umara untuk kepentingan kekuasaan mereka. Hal ini sering berlaku
pada masa itu kerana pada zaman itu telah berlaku perpecahan politik dan
perebutan kekuasaan yang amat dahsyat sehingga pemerintah cuba melakukan apa
sahaja untuk memastikan kuasa berada ditangan mereka. Penghargaan terhadap
ulama yang pada awal Islam benar-benar jujur dan ikhlas bertukar menjadi
pemanfaatan para pemimpin
(umara) terhadap kaum ilmuwan (ulama). Ibn
Khaldun menyedari hal ini dan menolak beberapa kali untuk diperalat walaupun
ditawarkan jawatan yang tinggi tetapi tindakannya itu justeru mengundang
kemurkaan sultan. Adalah sesuatu yang malang apabila Ibn Khaldun diburu oleh
sultan Abu Abbas di Tunisia kerana enggan menyertai kerajaan dan keluarganya
dikenakan tahanan rumah. Ibn Khaldun terpaksa melarikan diri ke Mesir dan hanya
setelah
Ibn Khaldun menjadi Kadi Besar di Mesir, maka
keluarganya diizinkan menyertainya akan tetapi malangnya keluarganya karam
dalam pelayaran ke Iskandariyyah, Mesir. Adalah penting untuk kita lihat bahawa
bibit-bibit zamankejatuhan terpampang jelas apabila ulama dijadikan alat oleh
penguasa untuk kepentingan politiknya.
Pertikaian dalaman dan perpecahan mula
berlaku setelah kekuasaan tidak lagi berada di tangan khalifah yang kuat.
Kerajaan-kerajaan kecil, yang dinamakan dengan muluk al-tawaif atau taifa
de reyes, terlalu lemah untuk melawan reconquesta Kristian. Mereka
hanya mampu meminta belas kasihan Alfonso dengan membayar ufti yang justeru
akan terus memperkuat kerajaan
Kristian. Permusuhan antara sesama umat
Islam, menurut De Gayangos dan dirujuk oleh Thomson berlaku hanya kerana
perbezaan aliran dan golongan:
“terpecah belah satu sama lain, kaum Muslimin
mulai mengukur diri mereka sebagai anggota dari bangsa-bangsa yang berbeza, dan
semakin hari semakin sukar bagi mereka untuk bersatu
padu dalam kepentingan bersama; dan sebab
perpecahan di kalangan mereka ini, serta rasa saling bermusuhan di antara
mereka, seiring dengan kepentingan kotor dan ambisi berlebih-lebihan dari
beberapa orang raja mereka, orang-orang Kristian mampu menyerang kaum Muslimin
secara total dan menundukkan mereka satu demi satu”.
Sikap adil dijelmakan termasuk terhadap orang
bukan Islam. Andalusia adalah contoh bagaimana toleransi beragama telah
dilaksanakan oleh umat Islam jauh sebelum konsep itu yang kini kononnya
diperjuangkan oleh Barat. Ramai sejarawan, termasuk Gibbon, mengakui bahawa
pada zaman Andalusia diperintah oleh orang Islam, orang-orang Kristian dan
Yahudi hidup dalam
kedamaian dan keamanan (Thomson &
Muhammad Ata’ ur-Rahman 2004). Tetapi toleransi beragama yang dicontohkan oleh
umat Islam ini tidak dihargai baik oleh orang-orang Yahudi mahupun Kristian.
Proses kristenisasi secara paksa berlaku secara besar-besaran setelah Andalusia
ditakluki Ferdinand III.
Masjid Kordoba yang indah dan megah yang
dibina oleh Abd al-Rahman al- Dakhil pada 788 ditukar menjadi gereja pada 1236.
Toleransi hancur setelah Andalus berada di tangan orang-orang Kristian. Sejarah
mencatat bahawa pada abad ke-13 sahaja 3 juta orang Islam dan 2 juta orang
Yahudi diusir dari Spanyol. Seramai 40 ribu orang Yahudi menerima converso.
Bukan hanya kedamaian beragama hilang dari bumi Spanyol, cahaya ketamadunan dan
keilmuan juga hilang dari bumi Andalusia.
KESIMPULAN
Sesungguhnya sangat penting bagi kita
mengkaji faktor-faktor kemajuan dan kejatuhan tamadun Islam di masa lalu untuk
mengambil iktibar dan pengajaran daripadanya. Adalah suatu kebodohan jika
kesilapan-kesilapan masa lalu itu kita ulangi pada masa ini. Ketika mengupas
tentang iklim kehidupan intelektual di Andalusia, Wan Mohd Nor (2007) menulis:
“Ramai di antara kita sentiasa berbangga
dengan pencapaian agung umat Islam terdahulu, sama ada di Andalusia atau di
tempat-tempat lain, tetapi tidak begitu ramai yang mahu meninjau secara ilmiah
akan iklim dan faktor-faktor yang memungkinkan terlahirnya hasil yang
sedemikian agung. Jika kita ingin membangunkan sebuah masyarakat, bangsa dan
tamadun yang agung, kita harus jugalah cuba memahami iklim dan mengenal pasti
faktor-faktor tersebut,
dan berusaha mencipta sebaik mungkin, iklim
dan faktor-faktor yang serupa, setelah mengambil kira perbezaan tempat dan
zaman”.
Tumpuan perlu diberikan kepada proses
pembudayaan ilmu dan bukan hasilnya. Cabaran untuk melahirkan masyarakat yang
berilmu dan maju tidak cukup dengan slogan dan retorika sahaja. Berikut adalah
langkah praktikal untuk dilaksanakan pada hari ini:
1. Mewujudkan persekitaran yang kondusif.
Untuk membangun tradisi keilmuan yang unggul, perlu diwujudkan dan dimantapkan sarana
yang dapat menyokong tujuan tersebut. Ini termasuklah iltizam institusi
kerajaan dan kepimpinan tertinggi untuk merujuk dan menghormati pandangan
ilmuwan dan para pakar dalam bidang masing-masing; wujudnya kebebasan untuk
kaum ilmuwan melontarkan pandangan di ruang awam; pembangunan perpustakaan umum
yang dapat memudahkan akses masyarakat terhadap ilmu; merancakkan
aktiviti-aktiviti ilmiah; seperti wacana, seminar, bengkel, dan sebagainya. Apa
yang penting adalah usaha murni yang bersepadu dan berterusan ke arah
pembudayaan ilmu. Ini termasuklah pengurangan sarana-sarana yang dapat
menyuburkan budaya hiburan atau hedonisme. Tanpa usaha mengekang hedonisme maka
usaha menyuburkan minat kepada ilmu akan terhambat kerana kuatnya daya
tarikan ke arah hedonisme tersebut.
2. Penghormatan dan apresiasi yang murni
terhadap para ilmuwan. Universiti-universiti
perlu memberikan penghargaan yang tinggi kepada para ilmuwan berdasarkan kepada
pencapaian mereka yang benar-benar besar. Sampai saat ini, di banyak
negara-negara umat Islam, ilmuwan tidak diberikan penghormatan yang sewajarnya.
Hal ini akan menjejaskan penghormatan masyarakat kepada ilmuwan dan juga
menghambat perkembangan prestasi ilmuwan. Tidak sedikit ilmuwan Muslim yang
memilih berhijrah ke negara-negara Barat kerana di sana mereka lebih dihargai
walaupun oleh orang bukan Islam. Penghargaan tidak seharusnya berdasarkan
kepada kuantiti atau populariti karya mereka tetapi kepada kepentingan dan
keperluan hasil
karya mereka. Anugerah nobel contohnya
diberikan bukan berdasarkan kepada populariti mahupun kuantiti tetapi kepada sumbangannya
kepada idealisme-idealisme masyarakat Eropah.
Sudah tentu keutamaan bagi masyarakat Islam
berlainan dengan masyarakat Barat hari ini yang telah maju. Maka anugerah perlu
diberikan kepada karya-karya besar yang menyumbang ke arah
pemerkasaan bangsa Melayu dan umat Islam
umumnya.
3. Menghidupkan budaya ilmu. Adalah
tanggungjawab para pemimpin juga untuk menghidupkan budaya ilmu. Berbeza dengan
budaya hiburan, pop dan budaya konsumerisme, budaya ilmu adalah budaya yang
tinggi. Ia hanya dimiliki oleh masyarakat yang telah mempunyai jiwa dan minda
yang merdeka. Oleh itu kebebasan intelektual adalah unsur yang sangat penting.
Justeru pemimpin umat Islam tidak perlu gusar dan marah jika dikritik dan
ditegur oleh para ilmuwan kerana apa yang mereka lakukan sebenarnya adalah
untuk kebaikan masyarakat bersama. Ia tidak sama sekali bertujuan untuk
menjatuhkan pemimpin yang sedia ada. Para pemimpin perlu faham bahawa para ilmuwan
mempunyai tanggungjawab untuk memperbetulkan keadaan, kerana jika tidak
merekalah yang akan dipersalahkan dan dipertanggungjawabkan kelak.
4. Membangun masyarakat yang bermoral. Tujuan
pendidikan, seperti yang dijelaskan oleh al-Attas, adalah menciptakan generasi
yang beradab. Nilai moral yang tinggi juga yang akan menghalang tamadun itu
dari kejatuhan. Sungguh malang apabila cita-cita kebangkitan hanya berujung
dengan kejatuhan demi kejatuhan. Belum lagi umat Islam bangkit sudah dihadapkan
dengan keruntuhan akhlak, kemunduran akademik, dan kejatuhan ekonomi. Jika pada
hari ini kita melihat bahawa ramai masyarakat yang terdidik ternyata tidak
memiliki nilai moral yang tinggi, maka ini bermakna terdapat kekeliruan dalam
falsafah dan pelaksanaan sistem pendidikan yang dilaksanakan selama ini.
Untuk memahami jatuh bangkitnya sesuatu
tamadun tidak cukup hanya dengan melihat kepada pencapaian-pencapaian masa
lalu. Kita perlu mengerti bahawa sesuatu pohon yang rimbun dan kukuh semestinya
memiliki akar yang kuat (asluha thabitun wa far’uha fi al-sama’). Akar
peradaban Islam adalah tawhid, ketinggian budaya ilmu, peranan ilmuwan sebagai
pencerah dan
pendidik, akhlak dan nilai moral yang tinggi.
Kerosakan pada akar-akar ini, seperti kekeliruan epistemologi, kerendahan dan
ketidakcerdasan pemikiran, hilangnya semangat kekitaan (asabiyyah) dan
nilai moral yang tinggi, berleluasanya absolutisme dan kuku besi adalah punca
kejatuhan tamadun Islam. Perkara-perkara yang saya telah sebutkan sebagai
musuh-musuh
peradaban yang sejak mula menjadi musuh Islam.
Kita memiliki legasi dan model kemajuan yang
indah dan gemerlapan di masa lalu. Apa yang perlu ada pada kita hanyalah
kesungguhan dan keikhlasan, bukan hanya semangat, retorika, dan slogan-slogan
kosong. Yang jelas nasib umat Islam pada masa hadapan ditentukan oleh apa yang
kita lakukan pada hari ini. Mungkinkah masa depan untuk Islam?
Langgan:
Catatan (Atom)