Pengikut

Rabu, 29 Mei 2013

Contoh Surat Rasmi rayuan

____________________
______________________
xxxxxxxxxxxx
xxxxxxxxxx
Selangor Darul Ehsan

Melalui

________________ (Ph.D),
______,
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Kulliyyah of Islamic Revealed Knowledge and Human Sciences
International Islamic University Malaysia,
P.O. Box 10, 50728 Jalan Gombak, Kuala Lumpur, Malaysia.
_________________________________________________________________________________
xxxxxxxxxxx
xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx
Institute of Education
International Islamic University Malaysia

Puan

KENYATAAN SEBAB TIDAK MENGHADIRI PEPERIKSAAN DAN RAYUAN MENGAMBIL PEPERIKSAAN KEMBALI

Merujuk perkara di atas,saya ________________  pelajar __________  ingin memberi penjelasan tentang ketidak hadiran saya  dalam peperiksaan kertas xxxxxxxx  pada 9.00 pagi xxxxxxx di UIAM adalah disebabkan kesilapan dan juga kecuaian saya melihat jadual peperiksaan dengan sewajarnya.


2. Walaupun begitu saya merayu pihak Puan membenarkan saya mengambil peperiksaan ulangan dengan beberapa faktor antaranya:

i)                    Saya tidak pernah dikenakan tindakan disiplin,  selama saya belajar di UIAM semenjak ______ lagi kerana segala peraturan UIAM saya ikuti dengan penuh bertanggungjawab.
ii)                   Jika saya perlu mengulang kembali, banyak masa masa saya akan terbuang kerana terpaksa pergi ke UIAM 3 kali dalam sebulan sedangkan pada tahun ini sekolah saya telah mengadakan program  j-QAF untuk tahun satu. Oleh itu saya perlu mengadakan Program Solat Bestari 4 kali kerana peruntukan telah diturunkan dan program ini mesti diadakan pada hari Sabtu atau Ahad
iii)                 Jika saya perlu mengulang kembali juga, saya khuatir saya akan menghadapi tekanan emosi dan tekanan kerja kerana pertambahan masa dan kerja yang perlu dilakukan.
iv)                 Saya juga berharap peristiwa kali ini hanya sebagai amaran buat saya supaya lebih berhati-hati  dan sensitif terhadap arahan dan makluman dari UIAM di masa-masa yang akan datang.
v)                  Saya juga khuatir jika saya mengulang kembali pada semester depan maka kerja saya bertambah dan mungkin memberi  kesan kepada pelajaran lain di semester depan dan juga prestasi kerja saya di sekolah.


3. Walaupun begitu saya amat percaya dengan keperihatian pihak Puan dalam menguruskan masalah saya ini. Segala budi bicara pihak Puan yang perihatin dengan masalah saya ini saya hargainya. Saya harap pihak Puan mempertimbangkan rayuan saya dan memberi peluang kepada saya untuk mengambil peperiksaan sekali lagi. Pertimbangan pihak Puan  amatlah saya hargai. Sekian terima kasih.

Yang Benar

----------------------------------
(                                                  )








Selasa, 28 Mei 2013

Cara Islam Mengembangkan Bidang Sains dan Teknologi

1. Penggunaan dan mengembangkan metod saintifik
2. Pembangunan pelbagai bidang sains dan reka cipta
3. Pemindahan warisan intelektual daripada tamadun purba kepada tamadun moden
1. Penggunaan dan mengembangkan metod saintifik
  Para saintis Islam menganggap bahawa aplikasi metod saintifik adalah bersifat universal.
  Bahkan, banyak daripada alat asas telah dicipta oleh saintis Islam dan kemudiannya dibangunkan oleh saintis Barat dan menjadi warisan manusia.
  Tidak ada halangan untuk menggunakan alat-alat teknikal dan prosedur yang dikembangkan oleh orang bukan Islam.
  Tetapi ianya hendaklah digunakan berlandaskan prinsip akhlak Islam dan rerangka akidah Islam.
  Islam melihat realiti berdasarkan pengalaman manusia (empirikal) adalah gambaran kepada realiti yang sebenar dalam ciptaan Allah.
  Hubungan di antara empirikal dan hakikat sebenar sentiasa di tekankan olfeh al-Qur’an.
  Contohnya. Al-Razi yang begitu menekankan metod dalam kajiannya dalam bidang perubatan, objektif dalam penyelidikan klinikal dan mengenepikan kepercayaan, cuba menguji ubat ke atas haiwan untuk mengetahui kesan sampingan, pakar bedah yang pertama menggunakan opium sebagai ubat bius.

2. Pembangunan pelbagai alat untuk mendapatkan maklumat dalam bidang sains dan reka cipta
  Sejarah Islam telah membuktikan bahawa para saintis Muslim telah menyedari tentang kepentingan alat-alat sains untuk pengumpulan data. Mereka memperkenalkan astrolab yang besar (alat yang menyukat ketinggian dan kedudukan bintang termasuk matahari) yang boleh menunjukkan masa, mempunyai balai cerapan untuk memerhatikan pergerakan bintang.
  dan kuadran (alat untuk mengukur siku, terutamanya untuk kedudukan di laut atau untuk melihat bintang) bagi pemerhatian yang tepat tentang bintang dan planet, bahkan telah mencipta astrolab yang berbentuk sfera.
3. Pemindahan warisan intelektual daripada tamadun purba kepada tamadun moden
  Aktiviti terjemahan yang begitu aktif sehinggakan banyak ilmu dan sumber dari warisan pelbagai bangsa terutamanya Greek dan Syria hanya terdapat dalam Bahasa Arab yang dapat dikesan pada zaman ini.
  Contoh al-Razi  mengumpulkan maklumat perubatan daripada sumber Greek dalam bukunya al-Hawi

  Kemudiannya, sumber bahasa Arab ini diterjemahkan ke bahasa-bahasa di Barat seperti Latin, Jerman, Inggeris dan sebagainya 

Kepentingan sirah dan Manhaj Nabawi


Dr. Said Ramadhan al-Buti menegaskan bahawa tujuan memahami sirah ialah agar setiap orang muslim memperolehi gambaran sebenar tentang hakikat agama Islam secara sempurna yang tercermin dalam kehidupan Nabi Muhammad s.a.w. sesudah ia difahami secara konsepsional sebagai prinsip, kaedah dan hukum. Oleh itu, mempelajari sirah mengandungi beberapa faedah. Antara lainnya ialah memahami keperibadian nabi melalui celah-celah kehidupan dan keadaan-keadaan yang pernah dihadapinya, untuk menegaskan bahawa nabi Muhammad bukan sahaja seorang yang terkenal di antara kaumnya sahaja tetapi sebelum itu baginda adalah seorang Rasul yang didukung oleh Allah dengan wahtu dan taufik dariNya. Kedua ialah agar manusia mendapat gambaran contoh terbaik dalam seluruh kehidupan yang utama untuk dijadikan dastur dan pedoman kehidupan.Tidak diragukan lagi, betapapun manusia mencari contoh terbaik mengenai salah satu aspek kehidupan, dia pasti akan mendapatkannya di dalam kehidupan Rasulullah secara jelas dan sempurna
Oleh itu, Allah menjadikannya qudwah bagi seluruh manusia seperti firman Allah yang beermaksud : “ Sesungguhnya telah ada pada diri Rasulullah itu suri teladan yang baik bagi kamu.” (al-Ahzab 21) Ketiga ialah agar manusia mendapatkan dalam mempelajari sirah Rasulullah ini, sesuatu yang dapat membantunya untuk memahami kitab Allah dan menyelami tujuan-tujuannya. Ini disebabkan banyak ayat-ayat al-Quran yang boleh ditafsirkan dan dijelaskan maksudnya melalui peristiwa-peristiwa yang pernah dihadapi Rasulullah s.a.w. dan sikapnya.

Keempat ialah dengan mempelajari sirah ini seseorang muslim dapat mengumpulkan sekian banyak pengetahuan dan ilmu-ilmu Islam yang benar, sama ada dalam perkara akidah, hukum dan akhlak. Tidak diragukan lagi bahawa kehidupan Rasulullah merupakan gambaran yang kukuh dari sejumlah prinsip dan hukum. Kelima ialah agar setiap pendakwah Islam memiliki contoh hidup dalam aspek pendidikan dan dakwah. Adalah Rasulullah s.a.w. seorang dai, pemberi nasihat dan guru yang terbaik yang tidak berputus asa mencari pendekatan terbaik dalam pendidikan selama beberapa periode dakwahnya.

Satu perkara yang menjadikan sirah ini cukup relevan sehingga hari ini ialah kerana seluruh kehidupan baginda mencakupi seluruh aspek sosial dan kemanusiaan yang ada pada manusia baik sebagai peribadi ataupun sebagai anggota masyarakat yang aktif. Kehidupan Rasulullah memberikan kepada kita kehidupan yang mulia, baik sebagai seorang pemuda Islam yang lurus perilakunya atau sebagai pendakwah kepada Allah dengan hikmah dan nasihat yang baik, yang mengerahkan segala kemampuan untuk menyempurnakan risalah Islam. Juga sebagai ketua negara yang mengatur segala urusan dengan adil dan bijaksana, sebagai suami teladan dan seorang ayah yang penuh kasih sayang, sebagai panglima perang yang mahir, sebagai negarawan yang pandai dan jujur, dan sebagai muslim secara keseluruhannya dapat melakukan secara seimbang antara kewajipan beribadat kepada Allah dan bergaul dengan keluarga dan masyarakat dengan baik. Maka kajian sirah nabi adalah untuk melahirkan aspek-aspek kemanusiaan ini secara keseluruhan yang tercermin dalam qudwah yang paling sempurna dan terbaik. Umpamanya, jika anda seorang pembuka kota negara, ambillah pengajaran yang dilakukan oleh Rasulullah selepas kemenangan di Badar, Hunain dan pembukaan Mekah dan jika anda mengalami kegagalan ambillah pengajaran perang Uhud yang mana baginda berada di antara sahabatnya yang telah syahid dan mengalami kecederaan. Jika anda seorang guru lihatlah pengajaran yang dilakukan oleh Rasulullah di Suffat dalam masjid nabawi dan jika anda seorang pelajar maka gambarkanlah anda berada di antara Jibrail yang menyampaikan wahyu kepada nabi. Jika anda sebagai hakim, ikutilah penyelesaian Rasulullah s.a.w dalam meletakkan hajarul Aswad.

Nilai-Nilai Agama Pendorong Memperkasa Tamadun

Tamadun secara harfi ertinya berada ditahap maju. Para pengkaji membahagikan tamadun kepada dua pengertian iaitu pengertian yang objektif dan pengertian yang subjektif. Pengertian yang objektif iaitu suatu himpunan fenomena kemajuan dalam bidang kesusasteraan, teknik, keilmuan dan undang-undang yang dipindahkan dari satu generasi ke satu generasi di dalam suatu masyarakat. Pengertian yang subjektif bermaksud tamadun digambarkan sebagai satu peringkat perkembangan kehidupan yang tinggi, yang berlawanan dengan kehidupan liar atau ganas atau digambarkan kehidupan yang dapat atau hampir dapat mencapai ideal atau bentuk kehidupan yang tinggi yang hendak dicapai. Bentuk ideal kehidupan itu adalah subjektif sifatnya, bergantung kepada masa, tempat dan kepada nilai-nilai yang dianuti.
Sesuatu tamadun akan mengalami 3 peringkat iaitu peringkat kelahiran hingga mencapai peringkat puncak, peringkat beku dan menurun, peringkat keruntuhan dan kemusnahan. Menurut Malik bennabi, tamadun peringkat kelahiran ditunjangi oleh idea keagamaan (fikrah diniyah) atau kerohanian dan ia bertemu puncak apabila kerohanian bercantum dengan akal. Kemudian tamadun itu akan menurun apabila unsur-unsur kerohanian sudah diketepikan. Tinggallah akan sendirian, tanpa bimbingan roh. Kemudian ia akan sampai kepada peringkat kehancuran apabila roh dan akal tidak lagi memandu kehidupan manusia. Ketika itu, hawa nafsu menjadi tuhan, berlaku korapsi dalam pentadbiran, penipuan, rompakan dan berbagai kebejatan moral yang
Untuk membina semula tamadun Islam, umat Islam harus kembali merenung diri sendiri untuk mencari penyakit yang
akhirnya mempercepatkan lagi kehancuran sesuatu tamadun itu.
 Mencari jalan untuk bangun tanpa mengetahui penyakitnya yang menyebabkan kejatuhan tidak dapat memperolehi kejayaan. Tiga penyakit yang sedang dihadapi oleh masyarakat Islam hari ini ialah pemikiran yang mati, jiwa yang lemah dan iman yang telah padam sinarnya. Oleh itu, untuk membangun semula hendaklah diubati ketiga-tiga penyakit ini.. Di samping itu, kekuatan jiwa merupakan benteng utama dalam menghadapi cabaran zaman dan gelombang pergolakan dunia.. Umat Islam perlu mengangggap kerohanian sebagai satu aspek yang penting dalam membangunkan umat. Ajaran kerohanian ini perlu dilihat dalam konteks fungsi sosialnya yang mendatangkan faedah dan kebaikan kepada kehidupan manusia. Dari latihan-latihan kerohanian ini akan lahir peribadi-peribadi mulia untuk membentuk suatu dunia yang aman damai.Malangnya, umat Islam tidak menghayati fungsi sosial agamanya di mana agama dan ajaran-ajarannya yang dinamik tidak dihayati dengan sebenarnya.
Apabila kita berfikir tentang pembinaan tamadun Melayu ia mestilah berakar kepada nilai-nilai ajaran Islam dalam ertinya yang luas dengan mengambil kira spektrum yang mencakupi intelektual, rohani, moral, peribadi, kekeluargaan, kemasyarakatan, siasah, sains dan teknologi terkini dalam memenuhkan keperluan negara sebenarnya. Bangsa Melayu telah bersatu padu dalam pegangan Islam dan faham ahli Sunnah wa jamaah. Ini merupakan faktor asas yang tidak boleh diganggu gugat. Penghayatan kepada agama memberi kekuatan dan pendorong dalam membina tamadun. Malik Bennabi menegaskan bahawa tamadun tidak mungkin lahir melainkan dengan adanya kepercayaan agama. Malah tamadun sesuatu umat itu tidak akan lahir melainkan mengikut wahyu yang diturunkan dari langit. Jelaslah bahawa nilai-nilai agama yang diturunkan dari langit merupakan faktor yang sangat penting dan merupakan pengatur serta penyusun dalam pembinaan sesuatu tamadun. Oleh sebab itu, golongan yang menyeru manusia supaya kembali kepada ajaran agama dan keimanan dalam usaha membentuk tamadun lebih hampir kepada kebenaran dari golongan ahli politik dan islah yang memisahkan agama dari kehidupan. Pemisahan iman dari kehidupan menjadikan menjadikan manusia hidup tanpa erti yang menghilangkan ghairah untuk memahami sesuatu dan akan hilang nafsu untuk bekerja. Itulah sebab kebangkitan umat Islam sekarang mengalami kegagalan. Pembinaan tamadun hendaklah berpaksikan kepada kerohanian dan akhlak Islam yang benar untuk menjamin kesejahteraan hakiki. Tamadun itu juga mesti berteraskan hidup mengikut aturan-aturan syarak dalam hubungan dengan Tuhan, keluarga, kejiranan, kemasyarakatan dan kebangsaan. Di samping tamadun itu, tamadun yang membangunkan ekonomi yang adil, sama rata dan saksama dengan agihan hartanya yang wajar, tanpa unsur penindasan dan penzaliman.

MEMBANGUN TRADISI KEILMUAN ISLAM

Tradisi keilmuan Islam berkembang pesat dengan tertubuhnya pusat pengajian terkenal di Baghdad, Basrah, Kufah dan Andalus. Begitu juga perkembangan perpustakaan yang menjadi pusat penyelidikan para ilmuan Islam. Pada mulanya masjid dijadikan pusat penyebaran ilmu sebelum terdirinya kuttab (tadika), madrasah (sekolah) dan Jami’ah (universiti). Ada beberapa faktor yang menyebabkan tradisi keilmuan Islam ini berkembang pesat iaitu galakkan daripada pihak khalifah dengan mendirikan institusi pendidikan, toko-toko buku dan perpustakaan berkembang pesat, guru-guru yang mengajar dengan penuh keikhlasan serta kegiatan pembukuan
Kita sungguh kagum apabila membaca sejarah umat Islam dahulu yang begitu berminat membaca , mengajar serta memperkembangkan ilmu. Masing-masing berlumba-lumba untuk memberi saham dalam memajukan institusi pendidikan dengan mewakafkan sebahagian daripada harta mereka.
Kegiatan keilmuan ini membuktikan bahawa tradisi keilmuan Islam berkembang pesat pada zaman tersebut bersama dengan kegemilangan tamadunnya. Sesuatu tamadun tidak dapat dibina tanpa tradisi keilmuan. Dengan kata lain, sesuatu tamadun berkembang berseiringan dengan tradisi keilmuan yang mantap dan tuntas. Oleh sebab itu, pembinaan tamadun kini mesti mengambil kira tradisi keilmuan dengan mewujudkan dan memperbanyakkan institusi pendidikan yang berkualiti dan bertaraf antarabangsa. Begitu juga, kita perlu melahirkan ulama, sarjana dan pemikir yang berkaliber yang mampu membuat kajian, penyelidikan dan penterjemahan. Tanpa unsur-unsur tersebut institusi pendidikan dan keilmuan tidak akan berkembang.

Perkara yang kita kehendaki sekarang ialah ibukota Kuala Lumpur bukan sahaja terkenal sebagai destinasi pelancongan tetapi juga dikenali sebagai pusat keilmuan sekurang-kurangnya di rantau ini sebagaimana yang berlaku di kota metropolitan yang lain seperti London, Paris, St. Andrew, Sorboune dan Kaherah. Mereka datang bukan sahaja membawa balik barangan elektronik buatan Malaysia tetapi beg-beg mereka penuh dengan buku-buku tulisan ilmuan kita. Inilah yang kita harapkan. Untuk mencapai impian tersebut maka para sarjana dan intelek Islam tempatan perlu bekerja keras dalam mewujudkan suasana tradisi keilmuan yang harmonis. Perkara-perkara asas seperti buku rujukan perlu diperbanyakkan, penyelidikan mesti diperhebatkan dan perpustakaan perlu ditambah lagi atau sekurang-kurang buku-bukunya. Tabiat menulis di kalangan para sarjana dan ulama perlu dipertingkatkan lagi. Mereka perlu memikir apakah jenis buku serta penyelidikan yang diperlukan oleh masyarakat hari ini terutama dalam menghadapi pasca modernisme. Adakah hanya terbatas kepada buku-buku ringan semata-mata. Para penulis Islam perlu mengenal arus perdana dan keperluan yang harus dihadapi di zaman pasca modenisme ini. Sesungguhnya cabaran ilmuan sekarang lebih sengit dan tajam lalu menuntut penglibatan yang total daripada ilmuan itu sendiri. Pada hari ini para ulama dan sarjana tidak boleh maju hanya berbekalkan “air liur” semata-mata tanpa menghasilkan buku ilmiah terutama karya-karya agung Melayu yang sewajibnya diterjemahkan ke bahasa antarabangsa. Walaupun kemungkinan kita akan mengalami kerugian dari segi material. Dengan demikian, harapan untuk menjadikan Kuala Lumpur tempat tumpuan peminat-peminat buku untuk berkunjung akan tercapai. 

Saranan kepada Era Kebangkitan Tamadun

Al-Qaradawi mengakui bahawa beliau sentiasa mengambil berat masalah kebangkitan Islam dan menjadi perhatian utama dalam penulisannya Perkara ini kerana kedudukannya masa kini serta masa depan umat Islam. Keperluannya amat mendesak agar kebangkitaan ini tidak melemahkan dan tidak melencong serta terus berusaha mematangkannya agar tidak menyimpang. Dengan demikian, kebangkitan ini tidak tergendala di tengah jalan atau keluar dari jalan yang lurus. Oleh itu, beliau menggaris sepuluh langkah menuju kematangan kebangkitan Islam atau memindahkan kebangkitan Islam dari masa transisi, impiam mahupun kekeliruan kepada kedewasaan dan kematangan. Sepuluh langkah yang diutarakannya ialah :

1. Dari Format dan simbol kepada hakikat dan substansi
Di antara manusia ada yang memerhatikan aspek luaran yang bersifat formalistis daripada isi kandungan, hanya pada bentuk bukan pada hakikat. Seolah-olah yang penting adalah memanjangkan jangut, memedekkan pakaian, memmbawa siwak, mengharamkan semua jenis lagu dan mewajibkan pemakaian purdah untuk wanita. Oleh itu, umat Islam perlu mencurahkan perhatiannya kepada substansi dan ruh ajaran Islam daripada format dan bentuk.



2. Dari retorika dan perdebatan menuju penerapan dan tindakan
di antara sikap negatifnya ialah bangga dengan sejarah masa dahuku tanpa mengubahnya dalam bentuk tindakan demi memperbaiki keadaan yang ada sekarang dan mengembangkannya lagi kea rah yang lebih baik. Membicarakansejarah masa lalu adalah baik selagi ia mendoromg untuk terus berpacu dalam kejayaan itu. Kita harus mencipta kejayaan dan tidak harus bangga tentang sejarahnya sahaja.

3. Dari sikap sentimental dan emosional menuju sikap rasional dan ilmiah.

Seorang muslim pasti dapat mengawal perasan dan meletakkan akal pada tempatnya. Ia berfikir secara rasional dan ilmiah.Ia tidak bersikap ektrim dalam mencintai dan membenci, tenggelam dalam dunia khayalan dan kecendurungan untuk bergantung kepada niat semata-mata tanpa berusaha untuk memperhatikan perkara yang benar.

4. Dari orientasi masalah cabang dan remeh menuju masalah pokok dan utama

Menurut al-Qaradawi perkara utama gerakan Islam kini aialah bidang pemikiran dan kebudayaan, bidang pendidikan dan kaderisasi. Pada hematnya, banyak ahli gerakan Islam menyibukkan diri dalam perkara-perkara sunat dan larangan yang besifat makruh sehingga kurang memperhatikan perintah yang bersifat fardu atau larangan-larangan yang bersifat haram.

5. Dari menyulitkan dan ancaman menuju kemudahan dan khabar gembira

Islam merupakan agama rahmat kepada manusia dan alam ini. Rasulullah memerintahkan untuk memudahkan dan tidak mempersulitkan. Pengertian mudah di sini bererti mengikuti manhaj yang memberi keluasan dan toleransi, juga keringanan yang jauh dari tindakan yang sulit, sukar dan berat. Sementara 'mempersulit' adalah manhaj yang menimbulkan kesulitan,kesempitan dan kesukaran terhadap manusia. Allah menjadikan fitrah manusia untuk menyukai kemudahan dan keluasan. Dalam syariat Islam, hukum-hukum dilandaskan atas kemudahan,bukan atas kesulitan.

6. Dari sikap kejumudan dan taklid menuju ijtihad dan pembaruan

Al-Qaradawi menegaskan bahawa pintu ijtihad masih terbuka dan ia sangat diperlukan dalam kondisi sekarang. Beliau membawa hujah Ibn Qayyim dan al-Saukani dalam menolak hujah golongan yang bertaklid dan menggangap pintu ijtihad telah tertutup. Menurut al-Qaradawi, taklid merupakan sifat tercela. Sama ada taklid kepada pendapat ulamak terdahulu mahupun taklid kepada peradaban barat yang melulu. Kedua-dua unsur tersebut menyebabkan kita berada dalam keadaan asing.Taklid terhadap orang-orang terdahulu menjadikan kita asing secara waktu sementara taklid terhadap barat membuat kita asing secara tempat. Memang orang terdahulu dekat dengan kita secara fikiran dan perasaan tetapi mereka tidak merasai masa tempat kita hidup sekarang, tidak merasakan kesulitan dan tekanan yang kita hadapi sekarang serta tidak tahu apa yang kita ketahui sekarang. Sementara orang-orang barat sebab tujuan dan pola berfikir mereka berbeza dengan tujuan dan pola berfikir kita. Maka taklid kepada mereka tidak mungkin menghasilkan sesuatu yang bermanfaat.


7. Dari fanatik dan ekslusif menuju toleransi dan inklusif

Menurut al-Qaradawi, berpegang teguh kepada ajaran agama bukanlah bersifat fanatik. Fanatik terjadi apabila seseorang itu memaksa akalnya kepada pemikiran tertentu dan tidak mahu membuka pintu berdialog dengan orang yang berlainan pendapat. Ia menganggap pendapatnya sebagai yang paling benar, tidak mungkin salah serta pendapat orang lain sebagai yang salah dan tidak mungkin benar. Antara ciri-ciri fanatik adalah orang yang tidak melihat selain dirinya, tidak mendengar kecuali ucapannya sendiri dan tidak percaya pada orang lain di luar kelompok atau jamaah yang dianggotainya. Di antara bentuk-bentuk toleransi ialah:

i.  Melihat   subtansi perkataan, bukan siapa yang mengatakannya
ii. Mengakui kesalahan dengan berani dan terus terang
iii. Menyambut baik kritikan dari luar dengan lapang dada
iv. Muhasabah diri dan menelaah kembali segala tindakan yang dilakukan dengan kesedarn yang tinggi.
v. Meminta nasihata dari pihak lain dengan senang hati
vi. Berlapang dada menarik balik keputusannya demi mencapai kesepakatan dengan pihak lain.
vii. Mengambil manfaat dari apa yang dimiliki pihak lain.
viii. Menghargai orang lain yang berlainan pandangan.


8. Dari sikap berlebihan dan meremehkan menuju kesederhanaan

Islam adalah agama yang moderat. Menurut al-Qaradawi manhaj moderat adalah metode dan cara terbaik yang dapat mengembangkan dakwah Islam sehingga umat Islam mencapai matlamatnya. Orang yang berpaling dari metodologi moderat sama halnya membunuh diri dan membawa kepada kebinasaan. Ia membawa kepada sikap berlebih-lebihan atau meremehkan seperti melalaikan solat. Bentuk dan ciri sikap berlebihan ialah :

a.         Tidak mengakui pendapat orang lain dan fanatik terhadap pendapatnya sahaja.

b.         Memaksa umat secar keras untuk beramal dan lupa perbezaan mnusia, ada yang kuat dan ada yang lemah, mewajibkan mereka semua dengan amalan sunat tanpa memperhatikan kedudukan mereka.

c.         Bertindak keras bukan pada tempatnya dan masanya.

d.         Keras dalam berdakwah dan tidak mengikuti manhaj al-Quran yang menyuruh berhikmah dan berlemah lembut.

e.         Buruk sangka terhadap manusia dan menghina orang lain.

f.          Saling mengkafirkan orang lain.


Al-Qaradawi menggariskan intisari ajaran moderat ini ialah :

i.Berasaskan kemudahan dan khabar gembira. Kemudahan dalam hukum-hakam dan khabar gembira dalam berdakwah.

ii.Berpaduan antara salafiah dan pembaruan atau antara tradisi dengan kemodenan.Maksud salafiah ialah kembali kepada al-Quran dan al-Sunnah dan pembaharuan adalah menyatu dan mengikuti perkembangan dan tuntutan zaman.

iii.Penyesuaian antara salafiah dan sufisme dengan mengambil ajaran yang terbaik dari kedua-duanya sehingga menghasilkan jalan terbaik dari kedua-duanya.

iv.Bersikap moderat antara aliran zahiriyah dengan golongan takwil.Moderat antara sikap yang kaku dalam melihat zahir nas dan sikap yang berlebih-lebihan dalam mentakwilkan teks-teks agama.tidak terlalu luas dan tidak kaku.

v.Perimbangan antara perkara yang sabit dengan perkara yang berubah-ubah dalam Islam

vi.Melihat dan memperhatikan realiti.tidak banyak berbicara tentang masa lalu sehingga lupa akan masa depan atau terlalu idealistic tanpa melihat realiti yang ada.

vii.Toleransi dan hidup dalam ukhuwwah serta saling hormat menghormati.

viii.Berlandaskan syura dan memberi kebebesan kepada masyarakat.

ix.Megembalikan kedudukan wanita sebagai saudara kembar bagi kaum lelaki.

x. Menghidupkan kembali ijtihad.


9. Dari kekerasan dan kebencian menuju lemah lembut dan rahmat

Metodologi dakwah ditegakkan atas lemah lembuh, rahmat dan kasih saying. Rasulullah sentiasa menyeru kepada kelembutan dan menolak kekerasan. Al-Qaradawi menggariskan faktor-faktor kekerasan yang timbul di dunia Islam iaitu ;

a. Penindasan tehadap kaum muslimin seperti di Palestin, Chechnya dan Sudan
b. Penguasa yang zalim serta penindasan terhadap ahli gerakan Islam.
c. Membasmi aliran pemikiran moderat sehingga aliran pemikiran radikal menguasai orang ramai.
d. Kekurangan dalam pemikiran dan pengetahuan para pendakwah yang mengutamakan formalitas daripada substansi dan tujuan.

10. Dari ikhtilaf dan perpecahan menuju persatuan dan ukhuwwah.

Perkara yang dikhuatiri oleh al-Qaradawi adalah pertarungan, pentengkaran, perpecahan, saling mencurigai, bahkan saling menghancurkn antara sesama ahli gerakan Islam. Penyakit hasad dengki dan balas dendam terjadi di kalangan umat Islam..

Menurut al-Qaradawi, ahli gerakan Islam perlulah pemaaf dan saling memperkukuhkan ikatan persaudaraan. Adalah penting mereka memahami fiqh al-Ikhtilaf antaranya ialah :

i. Mengganggap perbedaan dalam perkara cabangan fikih sebagai rahmat dan kelapangan bagi umat ini serta kekayaan dalam proses pengambilan hukum.
ii. Memandang kemungkinan adanya kebenaran dalam pendapat yang berbeda
iii. Memandang bahawa orang yang berijtihad pasti akan mendapat pahala walaupun salah dan dimaafkan.
iv. Bersikap objektif terhadap pendapat yang berbeda dan mengemukakan pendapat yang lebih baik serta bersikap adil.
v. Bekerjasama dalam hal-hal yang disepakati.

Inilah sepuluh perkara yang menjadi asas kematangan dalam kebangkitan Islam kini. Beliau berharap kebangkitan Islam perlu ke tahap yang lebih baik dengan pengarahan yang lebih bijaksana dan teratur.

PENGAJARAN DARI MASA LALU ANTARA MADINAH DAN ANDALUSIA

Di atas sebuah pintu gerbang universiti Andalusia tertulis dengan megah: “Dunia ini dibangunkan di atas empat tiang utama: keilmuan para sarjana, keadilan para pemimpin, doa orang-orang Soleh dan keberanian para pahlawan.” Keunggulan tamadun Islam, baik yang berlaku di Andalusia mahupun di sebelah dunia lainnya, bertitik tolak daripada keunggulan Islam. Sehingga seseorang dengan penuh keyakinan dapat mengatakan bahawa tanpa Islam,
bangsa Arab, Farsi, Spanyol, Turki dan Melayu, tidak akan pernah mengecapi zaman kegemilangan sebagaimana mereka kecapi setelah mereka menerima Islam. Walaupun penyataan ini terlihat triumphalist namun hakikatnya ia didukung oleh kenyataan sejarah bagi bangsa-bangsa yang disebutkan di atas.

Berdasarkan fakta di atas juga maka sesuatu penyelidikan mengenai keunggulan tamadun Islam di Andalusia tidak sempurna tanpa menyelidiki terlebih dahulu bibit-bibit kecemerlangan yang ditanamkan pada generasi awal Islam. Analisis yang mendalam terhadap sirah Rasulullah SAW akan membawa seseorang kepada hakikat bahawa pembinaan generasi unggul telah mula
dilakukan oleh Rasulullah sejak baginda diutus sebagai Rasul. Malah di tangan bagindalah masyarakat Arab mula melalui proses transformasi sosial dan kebudayaan. Maka kita dapat katakan kejayaan umat Islam baik di Andalusia mahupun di sebelah dunia lainnya bertunjangkan asas-asas yang telah dibina oleh Rasulullah SAW di Madinah. Andalusia tidak berdiri sendiri di dalam ruang kosong, ia hasil daripada himpunan tradisi kecemerlangan yang akarnya adalah pandangan alam Islam dan tunjangnya adalah Tawhid.

Andalusia hanya salah satu pusat kebudayaan dari banyak lagi pusat kebudayaan yang dibina oleh kerajaan Islam. Andalusia sering diangkat sebagai model terbaik kerana meninggalkan kesan dan warisan yang luar biasa sehingga ke hari ini. Ia juga dianggap besar kerana telah membukakan pintu kemajuan bagi tamadun Barat. Ringkasnya Andalusia besar kerana dari rahimnya telah lahir tamadun lain yang juga besar, iaitu tamadun Barat. Namun, perlu diingat
bahawa banyak lagi daerah lain yang dibangunkan oleh umat Islam. Baghdad dan Kaherah juga merupakan pusat kebudayaan dan keilmuan yang unggul.

Ramai ilmuwan terkenal dan saintis ulung juga dilahirkan dan mengabdi di tempat-tempat lain selain Andalusia, seperti di Baghdad, Damashiq, Kaherah dsb. Malah boleh dikatakan bahawa Andalusia hanyalah satu mata rantai dari banyak mata rantai lain yang membentuk peradaban Islam. Sebelum Andalusia, Baghdad adalah pusat peradaban Islam yang melahirkan ramai ilmuwan dan saintis terkemuka. Mata rantai tersebut bermula di Madinah dan berakhir di Acheh atau Demak di Nusantara pada abad ke-16 dan 17. Namun malangnya projek ketamadunan di Nusantara terhenti dengan kehadiran penjajah.


Isnin, 27 Mei 2013

PEMBANGUNAN INSAN SEBELUM PEMBANGUNAN TAMADUN


Terdapat salah faham yang meluas di kalangan umat Islam bahawa agama tidak berkaitan secara langsung dengan pembinaan tamadun. Masyarakat pada umumnya tidak melihat hubungan antara aqidah dengan kemajuan dalam bidang sains dan teknologi. Sebenarnya tawhid mempunyai peranan yang besar dalam pembangunan manusia. Kita dapat melihat bahawa para rasul diutus untuk melaksanakan misi yang bersifat transformatif dan liberatif. Misi
untuk membebaskan manusia daripada pelbagai belenggu yang mengikatnya
dan menahannya daripada kemajuan.

Kita dapat melihat juga bahawa Rasulullah SAW memberi tumpuan yang besar pada pembinaan generasi unggul. Baginda sama sekali tidak menekankan pembangunan infrastruktur. Adalah satu bentuk kebijaksanaan apabila beliau memahami bahawa melalui pembinaan generasi yang unggul, maka generasi ini akan mencipta kecemerlangan demi kecemerlangan dalam pelbagai bidang. Konsep inilah yang pada hari ini dikenali dengan pembangunan modal insan. Setelah berhasil membina individu unggul, individu ini kemudiannya mempunyai persiapan mental, fizikal dan rohani yang mantap untuk memikul misi pembangunan tamadun Islam. Pada zaman al-Khulafa al-Rashidun, para Khalifah tidak hanya menumpukan kepada perluasan daerah Dar
al-Islam, tetapi juga membina negara / khilafah yang kukuh dan makmur. Untuk merealisasikan hal ini Sayidina Umar telah melaksanakan beberapa agenda penting pembangunan negara. Bahkan beliau tidak segan-segan mengambil sistem yang datang dari luar seperti Dewan Farsi. Agenda pembangunan beliau ketika itu adalah antara lain (Syed Omar Syed Agil 1998): (i) reformasi dan pembangunan sistem pentadbiran negara, (ii) reformasi dan pembangunan
dalam sistem ekonomi, (iii) pembangunan sektor pertanian, (iii) reformasi dan pembangunan sistem politik, (iv) reformasi dalam ketenteraan, dan (vi)reformasi dan pembangunan sistem pendidikan.

Banyak bukti yang menunjukkan bahawa pembangunan tamadun didahului dengan pembangunan manusia. Tumpuan diberikan pada bagaimana melahirkan pemimpin yang bukan hanya berkemampuan tetapi juga bertanggungjawab, beramanah dan bertaqwa. Menyedari hal ini, kepada para pegawainya Sayidina Umar berpesan (Ibn Taymiyyah 1988):
Kepada Malik b. Ashtar, Gabenor Mesir, Khalifah Sayidina Ali berpesan
 “Ingatlah, aku tidak melantik kalian agar kamu menjadi
penguasa kuku besi ke atas rakyat. Aku mengutus kalian
sebagai pemimpin agar rakyat dapat mencontohi kalian.
Berikanlah kepada mereka segala hak mereka…”
“Ini adalah perintah daripada Ali kepada Malik b. Ashtar
ketika dilantik sebagai pemerintah di Mesir, supaya
mengumpulkan zakatnya, menjamin kesejahteraan dan
menguruskan tanahnya. Dia memerintahkannya supaya
takut kepada Allah… engkau harus sentiasa merujuk
kepada amalan menghukum dengan adil, tradisi yang
mulia, dan contoh daripada Rasulullah saw atau ketetapan
daripada al-Qur’an dan ikuti contoh kami bagaimana
mengamalkannya… sesungguhnya kita akan kembali
kepadaNya….”

Kekuatan dalaman dan luaran yang dibina oleh generasi awal Islam inilah yang membawa mereka kepada mercu kejayaan yang dikecapi oleh generasi generasi seterusnya. Konsep pembangunan modal insan yang dicanangkan oleh pemikirpemikir Barat tidak dapat diterima oleh Muslim kerana ia bertentangan dengan pandangan alam Islam. Terdapat kekeliruan yang asas dalam konsep manusia yang dipegang oleh para pemikir Barat. Dalam Islam, manusia tidak hanya dilihat daripada sudut kebendaan dan ekonomi semata– mata tetapi sebagai makhluk
Allah yang dianugerahkan roh dan akal. Makhluk ini juga bertanggungjawab kepada Allah sebagai Pemilik, Penguasa dan Pentadbir sebenar. Pembangunan insan yang seutuhnya meliputi pembangunan fizikal, rohani dan intelektual.

Pembangunan insan yang menyeluruh ini tidak menekankan kebendaan sehingga tercipta manusia yang maju dari segi kebendaan tetapi rosak dari segi rohani atau pemikiran. Ini kerana pada hakikatnya manusia rosak seperti ini tidak akan memberi sumbangan yang baik kepada negara dan bangsa. Konsep ‘Umran Bashari (pembangunan manusia) seperti yang diutarakan
oleh Ibn Khaldun (2004) menekankan pembangunan yang menyeluruh sehingga menghasilkan manusia yang seimbang. Ibn Khaldun juga membezakan antara pembangunan yang berdasarkan akal semata-mata dengan pembangunan yang berdasarkan agama. Pembangunan yang berdasarkan akal sahaja katanya hanya membawa kepada manfaat di dunia sahaja tetapi pembangunan yang berdasarkan agama, manfaatnya bukan sahaja di dunia tetapi juga di akhirat.

Baginya politik dan pemerintahan yang bersandarkan pada petunjuk agama adalah yang terbaik.

KERAJAAN YANG BIJAKSANA: UNSUR TERPENTING DALAM KEJAYAAN SEBUAH TAMADUN

Tidak seperti yang selalu digambarkan, pemerintahan Islam tidak selamanya penuh dengan perebutan kuasa dan pertumpahan darah. Terdapat masa di mana kekuasaan bersifat kuku besi berleluasa dan ada masanya pemerintahan sultan yang adil dan bijaksana berlaku untuk sekian lama. Pembangunan ilmu adalah langkah pertama yang dilakukan oleh sultan Andalus. Sultan pertama, Abd al-Rahman b. Mu’awiyah al-Dakhil yang merasa cukup dengan gelaran Amir (pemimpin) Andalus, memerintahkan rakyatnya membina masjid pada tahun 786 H. Masjid itu dikenali dengan masjid Kordoba. Setelah pembinaan masjid sultan, seterusnya membina perpustakaan yang besar dengan hartanya sendiri. Seperti dicatat oleh seorang sejarawan
Barat, Stanley Lane-Poole (1967), bahawa al-Hakam memiliki lebih 400,000 buah buku. Pada zaman itu belum wujud percetakan seperti hari ini. Semua koleksi tersebut hasil tulisan tangan. Jika dia tidak dapat membeli yang asli dia memerintahkan orang untuk menyalinnya. Kesemua koleksi buku tersebut dikatakan telah dibaca oleh sultan. Sehingga al-Hakam II dikenal sebagai kutu buku.

Al-Hakam juga dikatakan sultan pertama yang membina universiti di Andalusia. Bahkan beliau juga menjadi penaung yang membiayai kegiatan ramai sarjana dan saintis Andalusia. Hasil kebijaksanaan para pemimpinnya, sewaktu kegemilangan kota Kordoba memiliki 600 buah masjid, 900 tempat mandi awam, 50 hospital, dan beberapa pasar tempat perniagaan dan perdagangan. Seseorang boleh berjalan di waktu malam sejauh puluhan batu kerana lampulampu
dinyalakan untuk menerangi jalan. Hanya 700 tahun kemudian hal ini terjadi sebagai inovasi besar di London dan Paris.
Kebijaksanaan sultan-sultan Andalusia amat nyata. Seorang lagi sultan Andalusia, Abd al-Rahman III, digambarkan sebagai berikut (Gayangos 1843):
“...penguasa yang lemah lembut dan paling berpengetahuan. Kelemahlembutannya, kemurahan hatinya, dan kecintaannya akan keadilan telah menjadi buah mulut di mana-mana; tidak seorang pun dari anak cucunya pernah melampaui dia dalam hal keberanian di medan tempur dan keunggulan lainnya yang menjadikan dia sebagai seorang penguasa yang cekap dan dicintai; ia mencintai ilmu dan disegani oleh orang terpelajar. Dengan orang-orang inilah ia gemar melakukan pembicaraan, menghabiskan masa yang ia curi daripada pekerjaan pentadbiran. Di istananya ia mengadakan pertemuan sastera   yang dihadiri oleh semua penyair terkemuka dan orang-orang terpelajar.”
Mengenai kejayaan pembangunan di Andalusia, Lane Poole mengatakan :
“Kordoba memiliki semua keindahan dan perhiasan yang memanjakan mata serta menyilaukan pandangan. Deretan panjang Sultan-sultannya membentuk mahkota keagungannya;
kalungnya adalah untaian mutiara yang dikumpulkan para penyairnya dari lautan bahasa; gaunnya adalah pengetahuan yang gilang-gemilang, dirajut kemas oleh para lelaki dan
perempuan terpelajar; dan pakar semua cabang seni dan industri adalah baju kebanggaannya”.
Kebijaksanaan seseorang pemimpin terpancar apabila ia dapat membawa masyarakat yang dipimpinnya ke arah kecemerlangan dan kejayaan yang hakiki.

Daripada sudut pandangan Islam, kejayaan hakiki sudah tentu mengambil kira
kesejahteraan aqli, jasadi dan rohani. Dalam al-Muqaddimah, Ibn Khaldun (2004) mencatat surat yang ditulis oleh Tahir bin al-Husayn (m. 844) untuk anaknya, Abdullah b. Tahir, yang dilantik oleh khalifah al-Ma’mun (m. 833) untuk menjadi gabenor di al-Raqqah dan Mesir dan daerah antara keduanya.

Isi surat nasihat ini sampai kepada pengetahun al-Ma’mun. Setelah membaca
kandungan surat tersebut al-Ma’mun memerintahkan agar surat tersebut
disebarluaskan kepada semua pegawai kerajaan untuk menjadi panduan mereka
dalam bekerja. Di bawah ini beberapa perkara penting yang ditekankan dalam
surat tersebut:
a. Menjaga ibadah harian;
b. Mempelajari agama, mendekati ahli agama;
c. Bersikap sederhana dalam setiap perkara, tidak berlebihan dalam hal
keduniaan;
d. Bersangka baik dengan orang lain dan berhati-hati dalam membuat
tuduhan;
e. Mengikuti perintah agama dan melaksanakan hudud;
f. Mendekati orang soleh dan menjauhi orang yang buruk akhlaknya;
g. Melabur harta negara untuk kepentingan dan kemudahan rakyat;
h. Selalu mendengar pandangan fuqaha, pakar dan ilmuwan. Tidak
mendengar pandangan orang-orang yang mementingkan keduniaan;
i. Tidak bersikap bakhil khususnya kepada orang bawahan;
j. Bersikap adil kepada semua orang termasuk kepada musuh, tidak
pilih kasih atau mementingkan golongan tertentu (nepotisme,
kronisme);
k. Menjaga kebajikan orang bawahan;
l. Menghormati orang-orang besar dan berpengaruh dalam masyarakat;
m. Melantik orang yang akan melaporkan segala tindak tanduk dan
prestasi para pekerja;
n. Berlembut dan beramah mesra dengan rakyat;
o. Mendekati para ulama. Menghormati orang yang tidak takut akan
kebesaranmu untuk memberi nasihat yang jujur kepadamu;
p. Jangan mengungkit pemberianmu kepada rakyat.
Tradisi kepimpinan yang bijaksana inilah yang telah ditanamkan pada
generasi kehebatan tamadun Islam. Al-Mawardi (975-1059) dalam bukunya
al-Ahkam al-Sultaniyyah menggariskan 6 sendi utama yang mesti wujud dalam
sebuah pemerintahan Islam:
1. Penghayatan agama yang mendalam;
2. Penguasa yang berwibawa;
3. Keadilan yang menyeluruh;
4. Keamanan yang merata. Di sini al-Mawardi menyadari bahwa
konflik yang berpanjangan akan menjadi penghalang kepada kemajuan
yang berterusan;
5. Kesuburan Tanah yang berkesinambungan;

6. Harapan Kelangsungan Hidup (Munawir Sjadzali 1993).

KETINGGIAN BUDAYA ILMU

Umat Islam di Andalusia merupakan contoh kepada masyarakat Eropah dalam segala hal. Umat Islam mencipta budaya tinggi (high culture). Umat Islam menjunjung tinggi nilai-nilai yang membolehkan mereka memimpin masyarakat Dunia. Mereka adalah simbol ketertiban, kesopanan, kebersihan, kebijaksanaan, ketamadunan, persamaan, dan kemajuan. Mereka adalah contoh
masyarakat yang memiliki budaya yang tinggi. Budaya ilmu adalah budaya yang diwarnai oleh kebijaksanaan dalam berfikir dan bertindak. Sesiapa sahaja, baik raja, pemimpin, atau rakyat kecil, akan berfikir dan bertindak dengan betul dan bijaksana, tidak mengikuti emosi, marah, atau angkuh.

Terdapat beberapa ciri khas bagi masyarakat yang cerdas dan memiliki budaya ilmu:
1.         Peranan besar ilmuwan dalam mencerdaskan dan mencerahkan masyarakat. Mereka tidak terpisah daripada masyarakat tetapi berfungsi sebagai agen perubahan dan pencerahan. Ilmuwan dalam Islam, seperti ditegaskan oleh Siddiq Fadzil (2006), mempunyai misi tahriri-tanwiri-taghyiri. Ilmuwan dalam sistem pendidikan yang mengutamakan keuntungan seringkali menjadi alat dan bukan agen perubahan dan pencerahan. Masyarakat tidak menghormati dan merujuk kepada ilmuwan sebaliknya banyak dipengaruhi oleh para penghibur, kapitalis, penguasa absolutis dan akibatnya masyarakat menjadi tidak cerdas dan tidak berbudaya ilmu.
2.         Penghormatan terhadap autoriti. Kepakaran dan autoriti adalah penting untuk memastikan keputusan dilakukan berdasarkan ilmu dan kebijaksanaan dan bukan mengikut hawa nafsu dan emosi (Wan Mohd Nor Wan Daud 1997). Kerosakan akan timbul apabila yang menjadi rujukan dalam memahami Islam adalah orang-orang yang jahil. Banyak kesilapan dan malapetaka berlaku yang berpunca daripada keputusan diambil oleh pemimpin dengan membelakangi para pakar  dalam bidangnya. Hal ini jelas apabila diselidiki punca kekalahan umat Islam di Barcelona di zaman Andalusia.
3.         Segala persoalan dibahas dengan bijaksana dan dewasa. Sikap absolutis, autoritarian dan kuku besi tidak melambangkan kebijaksanaan dan kedewasaan. Dalam peradaban Islam yang asal, ilmu yang berkuasa dan bukan kuasa politik. Setelah prinsip musyawarah diketepikan, ilmu tidak menjadi ukuran, ulama ditindas maka perpecahan mula berlaku dan masyarakat hidup dalam kegelapan
4.         Pengangkatan seseorang pemimpin berdasar ilmu, kemampuan dan akhlak. Ketiga-tiga perkara ini telah menjadi kriteria pemilihan pemimpin pada zaman Rasulullah s.a.w dan al-Khulafa al-Rashidun. Sebaliknya apabila pengangkatan dilakukan berdasar keturunan, wang
dan kuasa maka ia mencerminkan bahawa masyarakat yang bertangggungjawab adalah masyarakat yang tidak cerdas dan tidak berbudaya ilmu.                 
5.         Masyarakat yang cerdas dan berbudaya ilmu adalah masyarakat yang terbuka fikirannya dan maju cara berfikirnya. Mereka menerima sesuatu pandangan berdasarkan kekuatan hujah dan ilmu. Masyarakat yang tidak cerdas adalah masyarakat yang jumud dan sempit cara berfikirnya. Mereka menerima sesuatu pandangan berdasarkan kejahilan, ketaksuban dan kefanatikan.
6.         Masyarakat yang cerdas dan berbudaya ilmu adalah masyarakat yang mempunyai sahsiah dan jati diri yang mantap. Mereka berpegang pada prinsip-prinsip dan nilai-nilai yang berdasarkan pandangan alam dan agama yang tersendiri. Mereka tidak berkiblat ke Barat mahupun ke Timur. Kerananya mereka tidak menjadi seperti buih yang mudah dipukul ombak.

Untuk melakukan sesuatu dengan tepat, betul dan bijaksana, seseorang perlu  terlebih dulu mengerti tempat bagi segala sesuatu (adil). Orang yang keliru tidak akan dapat melakukan perkara dengan betul dan bijaksana. Pada hari ini kita sering melihat orang besar diperkecilkan dan orang kecil diperbesarkan. Orang yang tidak layak, diangkat menjadi pemimpin dalam bidang-bidang yang penting dalam menentukan nasib umat. Maka dari itu sangat penting bagi kita mengenal dan mengangkat orang-orang yang benar-benar berilmu. Dan membezakannya dengan orang-orang yang hanya mengumpul maklumat dan memiliki ijazah. Ini penting kerana menurut Wan Mohd Nor Wan Daud (2007):
“Guru-guru yang tidak berwibawa sebaliknya akan membazirkan banyak waktu, tenaga dan harta membesarkan isu-isu dan tokoh-tokoh kecil, dan mengecilkan isu-isu dan tokoh-tokoh yang sebenarnya besar; merongkaikan dasar-dasar yang telah kukuh disepakati ilmuwan muktabar sekian lama;  menggunakan slogan-slogan popular tanpa huraian bermakna. Ilmu akan rosak. Ilmuwan sebenar akan disisihkan. Selain itu, guru-guru yang kurang wibawa akan cenderung berpegang kepada ide-ide, dasar-dasar dan amalan yang selalu berubahrubah,
menolak sesuatu idea, dasar dan amalan dengan keras yang kemudiannya akan dipeluknya dengan melampau”. Keunggulan Tradisi Keilmuan Islam tercermin apabila para sultan begitu
dekat dengan ulama. Sultan Abu Yusuf Yaqub (1160-1199) meminta Ibn Rushd untuk menulis tentang falsafah Aristotle supaya dapat difahami dengan baik, mana yang bermanfaat dan mana yang tidak. Atas sokongan yang diberikan olehnyalah Ibn Rushd berhasil menjadi ilmuwan yang terbilang. Ibn Khaldun juga mempersembahkan karya monumentalnya al-Ibar sebanyak tujuh jilid kepada Sultan Zahir Barquq di Mesir dan Sultan Abu Faris di Fez. Mengetahui kehebatan Ibn Khaldun, sultan mengangkatnya menjadi Hakim besar Mesir.

Jelas terdapat kepedulian yang tinggi di kalangan para sultan terhadap ilmu dan ilmuwan. Tradisi keilmuan seperti inilah yang menjadikan budaya ilmu semakin subur. Kerana adanya galakan dan sokongan para penguasa, para ilmuwan bersemangat dan didorong untuk menguasai pelbagai bidang keilmuan. Setiap jerih payah mereka terasa dihargai dan berguna kepada masyarakat dan
negara. Kehebatan sultan tidak menjadikan para ilmuwan kerdil. Ulama juga tidak mudah merendahkan martabat mereka demi meraih keuntungan duniawi. Mereka merasa berhak menegur dan memberikan kritikan terhadap pemerintah. Para khalifah pun menghargai dan menghormati teguran tersebut. Khalifah Abdul Rahman III pernah ditegur kerana tertinggal solat Jumaat oleh seorang Qadi bernama Munzir al-Balluti. Ketika ditanya oleh puteranya sama

ada beliau mahu memecat Qadi tersebut Sultan menjawab: “Aku lebih rela memutus hubungan denganmu, tapi aku tidak akan memecat Qadi ini yang merupakan satu nikmat Allah SWT kepada kita semua. Aku akan solat Jumaat di belakangnya selagi dia masih hidup” Para Ulama berperanan sebagai penasihat yang baik dan pemerhati yang bijak atau kini dalam sistem demokrasi dikenali dengan istilah check and balances. Abu Yusuf menulis kitab al-Kharaj yang didalamnya terkandung juga nasihat-nasihat kepada penguasa, Al-Mawardi menulis Nasihat al-Muluk, al-Ghazali menulis al-Tibr al-Masbuk fi Nasihat al-Muluk, di Alam Melayu kita ada Raja Ali Haji yang menulis Thamarat al-Mahammah Diyafatun li al- Kubara wa Ahl al-Mahkamah. Ulama-ulama besar ini tidak sesekali berfungsi sebagai alat untuk menjustifikasikan kuasa kuku besi khalifah atau sultan mereka.

PEMERINTAHAN YANG ADIL: RAHSIA PENTING KEGEMILANGAN ANDALUSIA

Amat jelas bahawa Andalusia membangun dengan pesat kerana raja-rajanya memerintah dengan adil. Perlu kita fahami bahawa keadilan bukan hanya satu konsep yang berkaitan dengan pemerintahan dan politik sahaja. Sebelum ia menjadi konsep politik ia adalah konsep yang bersifat kerohanian dan metafizik. Pendek kata, seseorang yang tidak bersikap adil kepada Tuhannya tidak akan bersikap adil kepada rakyatnya. Seseorang yang tidak tahu bagaimana
menempatkan ilmu dan kejahilan tidak akan dapat membangunkan negara. Ketika al-Hakam I (796) menaiki takhta untuk menggantikan ayahnya Hisham, ayahnya berpesan (Scott 1904):
“Hendaklah kamu berlaku adil kepada semua tanpa mengira miskin atau kaya, berbuat baik dan berlemah lembut kepada orang yang bergantung kepadamu kerana semuanya samasama
ciptaan Allah. Amanahkan penjagaan kota-kota dan daerah-daerahmu kepada ketua yang setia dan berpengalaman; kenakan hukuman tanpa belas kasihan menteri-menteri yang menindas rakyatmu; uruskan tenteramu dengan sederhana dan tegas; ingatlah bahawa senjata diberikan kepada mereka untuk mempertahankan diri bukan untuk menghancurkan Negara mereka; dan ingatlah bahawa mereka dibayar secara berterusan kerana mereka diharap terus menunaikan tanggungjawab mereka; berusahalah untuk mendapatkan kecintaan rakyat terhadapmu, kerana dengan kecintaan mereka akan aman negara ini, dengan ketakutan mereka akan bahaya negeri ini,
dengan kebencian mereka akan rosak negeri ini. Lindungilah tanah dan gandum yang sentiasa menjadi sumber kekuatanmu; jangan biarkan hasil tuaian mereka musnah, atau hutan mereka
dirusakkan; berbuatlah apa sahaja agar rakyatmu merestuimu dan mereka dapat hidup di bawah lindunganmu, dan hanya dengan demikian engkau akan menjadi sultan yang paling disanjung.”
Namun malangnya al-Hakam I tidak mengikuti pesan ayahnya. Al-Hakam I justeru menjadi pemerintah yang zalim dan tidak peduli bahkan kejam terhadap rakyat. Dia sultan pertama yang dikelilingi oleh 6 ribu pengawal peribadi. Beliau menghukum rakyatnya dengan kejam walaupun atas kesalahan yang kecil. Pada zamannya berlaku beberapa pemberontakan. Dia bertanggungjawab  melakukan pembunuhan terhadap pembesar-pembesar Toledo, satu peristiwa
yang dinamakan “Day of the Ditch”. Pada zaman dialah Barcelona jatuh ke tangan Kristian dan ia adalah kemenangan besar pertama yang diperolehi oleh Kristian dan memberi mereka semangat baru menyerang umat Islam (Abd al- Wahid al-Marakeshi 1968).

Kerajaan yang zalim seperti ditulis oleh Ibn Khaldun (2004) akan merusakkan pembangunan negara. Penguasa Abd al-Rahman I walaupun bermusuhan dengan khalifah Abbasiah tidak mendakwa dirinya khalifah tetapi beliau merasa cukup dengan gelaran Amir. Beliau menumpukan kepada pembangunan Negara dan mengukuhkan kekuatan ketenteraan. Gelaran
khalifah hanya digunakan oleh raja dinasti Umawiyyah ke-8, Abd al-Rahman III. Namun zaman kegemilangan bagi pemerintahan dinasti Umawiyyah di Andalusia juga bertahan sehingga Abd al-Rahman III (912-961). Menarik untuk dicatat bahawa kehadiran umat Islam di Andalus bukan satu bentuk agresi tetapi atas permintaan pemerintah bahagian Ceuta ketika itu yang bernama Julian (dalam bahasa Arab Alyan) untuk membalas dendam terhadap Raja Roderic yang telah melakukan kekejaman dan penindasan di Andalusia.

Setelah pemerintahan dinasti Umawiyyah, Andalusia mula berada di ambang kejatuhan. Di samping serangan bertubi-tubi dilakukan oleh Kristian untuk melakukan penaklukan semula (reconquest), perpecahan dalam tubuh umat Islam mula berlaku. Sultan terakhir dinasti Umawiyyah adalah Hisham III b. Muhammad (1027-1036). Hanya pada zaman al-Muwahhidun Andalusia kembali bersinar khususnya dibawah pimpinan Yusuf Abu Ya’qub (1163- 1184). Dinasti al-Muwahhidun, begitu juga sebelumnya al-Murabitun, berhasilmenyekat kemaraan kuasa Kristian dan mempertahankan Andalusia dari dirampas. Tetapi pemerintahan dinasti al-Muwahhidun hanya bertahan 139 tahun. Kekalahan getir al-Muwahhidun berlaku dalam perang Las Navas de Tolosa pada 1212 yang berpunca dari keengganan sultan mendengar nasihat para
panglimanya yang berpengalaman. Kekalahan ini menyebabkan 70,000 orang Islam disembelih atas arahan paderi Toledo. Setelah sultan terakhir al-Muwahhidun, sultan Muhammad al-Nasir meninggal, Andalusia berada dalam gerbang kehancuran. Khalifah terakhir, Abu Abdullah terpaksa menyerahkan Granada, benteng pertahanan terakhir, ke tangan Ferdinand pada tahun 1492 kerana telah 7 bulan dikepung dan khalifah bimbang akan ramai rakyatnya yang mati kebuluran. Pada saat meninggalkan Granada khalifah melinangkan air mata, Ibunya lalu berkata kepadanya: “Jangan menangis seperti seorang perempuan untuk sesuatu yang tidak dapat kau pertahankan seperti seorang lelaki”.

Nasib Andalusia setelah ketiadaan pemerintahan Islam amat menyedihkan. Bangsa pendatang yang disebut Mooris dihukum bunuh dan diusir secara besarbesaran,hanya kerana mereka orang Islam. Mereka yang ingin kekal berada di Spanyol mesti bertukar agama. Bukan hanya umat Islam yang ditindas, umat Kristian yang beraliran Unitarian juga dipaksa bertukar kepada Trinitarian, begitu juga kaum Yahudi. Inquisisi dilaksanakan dengan amat kejam, seseorang yang tidak mengamalkan ajaran Trinitarian akan dia adili, digantung dan dibakar, sehingga masyarakat Spanyol berada dalam kegelapan kembali setelah berada dalam kemuncak ketamadunan Hanya pada 1813 inquisisi dinyatakan sebagai bertentangan dengan perlembagaan dan dihapuskan pada 1834. Inquisisi ini jugalah, menurutAhmad Thomson, yang menimbulkan kebencian masyarakat Eropah kepada
agama dan melahirkan semangat ilmiah moden yang anti Tuhan.

 Keadilan tercermin dalam polisi kerajaan Islam. Antara sikap adil seorang penguasa yang paling penting adalah meletakkan seseorang pada tempatnya yang sesuai. Seorang penguasa yang adil tidak akan melantik seseorang yang tidak layak sedangkan ada orang yang lebih layak walaupun ia adalah saudaranya atau kaum kerabatnya. Zaman kegemilangan tamadun Islam ditandai dengan zaman umara (pemerintah) menghormati ulama (ilmuwan). Sebaliknya zaman kejatuhan
juga ditandai dengan kerakusan umara sehingga sanggup memperalat ulama. Ibn Khaldun (1332-1406) hidup di era kejatuhan tamadun Islam di Afrika Utara dan Andalusia. Beliau telah menyaksikan bagaimana kerajaan-kerajaan yang gagah perkasa tumbang satu persatu. Walaupun beliau telah dilantik menjadi perdana menteri dan orang besar ketika beliau berada di Andalusia
dan Tunisia. Namun beliau sering juga diperalat oleh umara untuk kepentingan kekuasaan mereka. Hal ini sering berlaku pada masa itu kerana pada zaman itu telah berlaku perpecahan politik dan perebutan kekuasaan yang amat dahsyat sehingga pemerintah cuba melakukan apa sahaja untuk memastikan kuasa berada ditangan mereka. Penghargaan terhadap ulama yang pada awal Islam benar-benar jujur dan ikhlas bertukar menjadi pemanfaatan para pemimpin
(umara) terhadap kaum ilmuwan (ulama). Ibn Khaldun menyedari hal ini dan menolak beberapa kali untuk diperalat walaupun ditawarkan jawatan yang tinggi tetapi tindakannya itu justeru mengundang kemurkaan sultan. Adalah sesuatu yang malang apabila Ibn Khaldun diburu oleh sultan Abu Abbas di Tunisia kerana enggan menyertai kerajaan dan keluarganya dikenakan tahanan rumah. Ibn Khaldun terpaksa melarikan diri ke Mesir dan hanya setelah
Ibn Khaldun menjadi Kadi Besar di Mesir, maka keluarganya diizinkan menyertainya akan tetapi malangnya keluarganya karam dalam pelayaran ke Iskandariyyah, Mesir. Adalah penting untuk kita lihat bahawa bibit-bibit zamankejatuhan terpampang jelas apabila ulama dijadikan alat oleh penguasa untuk kepentingan politiknya.

Pertikaian dalaman dan perpecahan mula berlaku setelah kekuasaan tidak lagi berada di tangan khalifah yang kuat. Kerajaan-kerajaan kecil, yang dinamakan dengan muluk al-tawaif atau taifa de reyes, terlalu lemah untuk melawan reconquesta Kristian. Mereka hanya mampu meminta belas kasihan Alfonso dengan membayar ufti yang justeru akan terus memperkuat kerajaan
Kristian. Permusuhan antara sesama umat Islam, menurut De Gayangos dan dirujuk oleh Thomson berlaku hanya kerana perbezaan aliran dan golongan:
“terpecah belah satu sama lain, kaum Muslimin mulai mengukur diri mereka sebagai anggota dari bangsa-bangsa yang berbeza, dan semakin hari semakin sukar bagi mereka untuk bersatu
padu dalam kepentingan bersama; dan sebab perpecahan di kalangan mereka ini, serta rasa saling bermusuhan di antara mereka, seiring dengan kepentingan kotor dan ambisi berlebih-lebihan dari beberapa orang raja mereka, orang-orang Kristian mampu menyerang kaum Muslimin secara total dan menundukkan mereka satu demi satu”.

Sikap adil dijelmakan termasuk terhadap orang bukan Islam. Andalusia adalah contoh bagaimana toleransi beragama telah dilaksanakan oleh umat Islam jauh sebelum konsep itu yang kini kononnya diperjuangkan oleh Barat. Ramai sejarawan, termasuk Gibbon, mengakui bahawa pada zaman Andalusia diperintah oleh orang Islam, orang-orang Kristian dan Yahudi hidup dalam
kedamaian dan keamanan (Thomson & Muhammad Ata’ ur-Rahman 2004). Tetapi toleransi beragama yang dicontohkan oleh umat Islam ini tidak dihargai baik oleh orang-orang Yahudi mahupun Kristian. Proses kristenisasi secara paksa berlaku secara besar-besaran setelah Andalusia ditakluki Ferdinand III.

Masjid Kordoba yang indah dan megah yang dibina oleh Abd al-Rahman al- Dakhil pada 788 ditukar menjadi gereja pada 1236. Toleransi hancur setelah Andalus berada di tangan orang-orang Kristian. Sejarah mencatat bahawa pada abad ke-13 sahaja 3 juta orang Islam dan 2 juta orang Yahudi diusir dari Spanyol. Seramai 40 ribu orang Yahudi menerima converso. Bukan hanya kedamaian beragama hilang dari bumi Spanyol, cahaya ketamadunan dan keilmuan juga hilang dari bumi Andalusia.


KESIMPULAN
Sesungguhnya sangat penting bagi kita mengkaji faktor-faktor kemajuan dan kejatuhan tamadun Islam di masa lalu untuk mengambil iktibar dan pengajaran daripadanya. Adalah suatu kebodohan jika kesilapan-kesilapan masa lalu itu kita ulangi pada masa ini. Ketika mengupas tentang iklim kehidupan intelektual di Andalusia, Wan Mohd Nor (2007) menulis:
“Ramai di antara kita sentiasa berbangga dengan pencapaian agung umat Islam terdahulu, sama ada di Andalusia atau di tempat-tempat lain, tetapi tidak begitu ramai yang mahu meninjau secara ilmiah akan iklim dan faktor-faktor yang memungkinkan terlahirnya hasil yang sedemikian agung. Jika kita ingin membangunkan sebuah masyarakat, bangsa dan tamadun yang agung, kita harus jugalah cuba memahami iklim dan mengenal pasti faktor-faktor tersebut,
dan berusaha mencipta sebaik mungkin, iklim dan faktor-faktor yang serupa, setelah mengambil kira perbezaan tempat dan zaman”.

Tumpuan perlu diberikan kepada proses pembudayaan ilmu dan bukan hasilnya. Cabaran untuk melahirkan masyarakat yang berilmu dan maju tidak cukup dengan slogan dan retorika sahaja. Berikut adalah langkah praktikal untuk dilaksanakan pada hari ini:
1. Mewujudkan persekitaran yang kondusif. Untuk membangun tradisi keilmuan yang unggul, perlu diwujudkan dan dimantapkan sarana yang dapat menyokong tujuan tersebut. Ini termasuklah iltizam institusi kerajaan dan kepimpinan tertinggi untuk merujuk dan menghormati pandangan ilmuwan dan para pakar dalam bidang masing-masing; wujudnya kebebasan untuk kaum ilmuwan melontarkan pandangan di ruang awam; pembangunan perpustakaan umum yang dapat memudahkan akses masyarakat terhadap ilmu; merancakkan aktiviti-aktiviti ilmiah; seperti wacana, seminar, bengkel, dan sebagainya. Apa yang penting adalah usaha murni yang bersepadu dan berterusan ke arah pembudayaan ilmu. Ini termasuklah pengurangan sarana-sarana yang dapat menyuburkan budaya hiburan atau hedonisme. Tanpa usaha mengekang hedonisme maka usaha menyuburkan minat kepada ilmu akan terhambat kerana kuatnya daya
tarikan ke arah hedonisme tersebut.

2. Penghormatan dan apresiasi yang murni terhadap para ilmuwan.  Universiti-universiti perlu memberikan penghargaan yang tinggi kepada para ilmuwan berdasarkan kepada pencapaian mereka yang benar-benar besar. Sampai saat ini, di banyak negara-negara umat Islam, ilmuwan tidak diberikan penghormatan yang sewajarnya. Hal ini akan menjejaskan penghormatan masyarakat kepada ilmuwan dan juga menghambat perkembangan prestasi ilmuwan. Tidak sedikit ilmuwan Muslim yang memilih berhijrah ke negara-negara Barat kerana di sana mereka lebih dihargai walaupun oleh orang bukan Islam. Penghargaan tidak seharusnya berdasarkan kepada kuantiti atau populariti karya mereka tetapi kepada kepentingan dan keperluan hasil
karya mereka. Anugerah nobel contohnya diberikan bukan berdasarkan kepada populariti mahupun kuantiti tetapi kepada sumbangannya kepada idealisme-idealisme masyarakat Eropah.
Sudah tentu keutamaan bagi masyarakat Islam berlainan dengan masyarakat Barat hari ini yang telah maju. Maka anugerah perlu diberikan kepada karya-karya besar yang menyumbang ke arah
pemerkasaan bangsa Melayu dan umat Islam umumnya.
3. Menghidupkan budaya ilmu. Adalah tanggungjawab para pemimpin juga untuk menghidupkan budaya ilmu. Berbeza dengan budaya hiburan, pop dan budaya konsumerisme, budaya ilmu adalah budaya yang tinggi. Ia hanya dimiliki oleh masyarakat yang telah mempunyai jiwa dan minda yang merdeka. Oleh itu kebebasan intelektual adalah unsur yang sangat penting. Justeru pemimpin umat Islam tidak perlu gusar dan marah jika dikritik dan ditegur oleh para ilmuwan kerana apa yang mereka lakukan sebenarnya adalah untuk kebaikan masyarakat bersama. Ia tidak sama sekali bertujuan untuk menjatuhkan pemimpin yang sedia ada. Para pemimpin perlu faham bahawa para ilmuwan mempunyai tanggungjawab untuk memperbetulkan keadaan, kerana jika tidak merekalah yang akan dipersalahkan dan dipertanggungjawabkan kelak.

4. Membangun masyarakat yang bermoral. Tujuan pendidikan, seperti yang dijelaskan oleh al-Attas, adalah menciptakan generasi yang beradab. Nilai moral yang tinggi juga yang akan menghalang tamadun itu dari kejatuhan. Sungguh malang apabila cita-cita kebangkitan hanya berujung dengan kejatuhan demi kejatuhan. Belum lagi umat Islam bangkit sudah dihadapkan dengan keruntuhan akhlak, kemunduran akademik, dan kejatuhan ekonomi. Jika pada hari ini kita melihat bahawa ramai masyarakat yang terdidik ternyata tidak memiliki nilai moral yang tinggi, maka ini bermakna terdapat kekeliruan dalam falsafah dan pelaksanaan sistem pendidikan yang dilaksanakan selama ini.
Untuk memahami jatuh bangkitnya sesuatu tamadun tidak cukup hanya dengan melihat kepada pencapaian-pencapaian masa lalu. Kita perlu mengerti bahawa sesuatu pohon yang rimbun dan kukuh semestinya memiliki akar yang kuat (asluha thabitun wa far’uha fi al-sama’). Akar peradaban Islam adalah tawhid, ketinggian budaya ilmu, peranan ilmuwan sebagai pencerah dan
pendidik, akhlak dan nilai moral yang tinggi. Kerosakan pada akar-akar ini, seperti kekeliruan epistemologi, kerendahan dan ketidakcerdasan pemikiran, hilangnya semangat kekitaan (asabiyyah) dan nilai moral yang tinggi, berleluasanya absolutisme dan kuku besi adalah punca kejatuhan tamadun Islam. Perkara-perkara yang saya telah sebutkan sebagai musuh-musuh
peradaban yang sejak mula menjadi musuh Islam.
Kita memiliki legasi dan model kemajuan yang indah dan gemerlapan di masa lalu. Apa yang perlu ada pada kita hanyalah kesungguhan dan keikhlasan, bukan hanya semangat, retorika, dan slogan-slogan kosong. Yang jelas nasib umat Islam pada masa hadapan ditentukan oleh apa yang kita lakukan pada hari ini. Mungkinkah masa depan untuk Islam?