Pengikut

Khamis, 9 Mei 2013

Apakah maksud kemiskinan, terangkan dengan ringkas hubunganya dengan pencapaian pelajar dalam akademik.


Secara umumnya, kemiskinan ialah satu keadaan di mana seseorang itu kekurangan bahan-bahan keperluan hidup. Dalam masyarakat moden, kemisikinan biasanya disamai dengan masalah kekurangan wang.
Dengan lebih terperinci lagi, kemiskinan mempunyai dimensi seperti di bawah:
·         Penggambaran situasi kekurangan bahan keperluan asasi seperti kekurangan makananpakaian dan kediaman.
·         Penggambaran keadaan ekonomi di mana seseorang itu tidak mempunyai modal ataupun daya pengeluaran yang dapat menjana kekayaan.
Menurut kriteria bank dunia, kemisikinan itu ditakrifkan sebagai penghidupan dengan perbelanjaan kurang daripada US$(PPP) 2 sehari.
Manakala bagi mereka yang hidup dengan perbelanjaan kurang daripada US$(PPP) 1 sehari, mereka dianggap menghadapi kemisikinan yang berketerlaluan.
Secara umumnya melalaui definisi kemiskinan ini kita akan dapat mengetahui tentang ketidakmampuan pelajar-pelajar yang yang mengalami masalah kemiskinan ini antaranya jika seseorang murid itu mengalami masalah kemiskinan sudah tentu zat-zat makanan melalui pemakanannya akan berkurangan kerana tidak mampu membeli makanan yang berkhasiat dan sudah tentu akan membantut pertumbuhan tubuhnya dan murid ini sudah tentunya dari segi kesihatan tubuh badannya berkurangan dan keadaan ini akan mengurangkan kemampuannya menguasai pendidikannya. Kemiskinan ini sudah tentunya melemahkan tahap pendidikannya
Melalui definisi kemiskinan juga kita dapat melihat bahawa murid yang mengalami masalah kemiskinan ini juga akan mengalami masalah emosi dan psikologi malu tentang keadaan dirinya dan keluarganya. Keadaan ini juga akan menyebabkan tahap pendidikan rendah. Persaingan yang sihat dalam pendidikan juga tidak akan berlaku.
Suasana di dalam bilik darjah turut menggambarkan sistem pendidikan di antara kedua-dua jenis negara. Meja, papan tulis, buku rujukan dan latihan, serta alat tulis terdapat di dalam setiap kelas di negara kaya sedangkan di negara miskin, keadaannya sangat daif. Dinding sekolah dibuat sama ada daripada papan lapis, zink atau dipisahkan dengan kain sahaja malah ada sesetengahnya ditampal dengan lumpur. Bilangan pelajar yang ramai dikumpulkan dalam satu kelas dengan kemudahan yang sangat terhad, sesetengahnya terpaksa duduk di atas lantai dengan berkongsi buku teks, alat tulis dan buku nota.
Jadi pada pandangan saya faktor kemiskinan membantutkan usaha-usaha membasmikan kemiskinan ini.  Samaada tahap kesihatan yang rendah, kecergasan, kemampuan memahami pengajaran, psikologi serta motivasi belajar murid akan lemah kerana factor kemiskinan ini

1 ulasan:

  1. Assalamualaikum....
    mintak izin untuk ambil maklumat dan menggunakannya dalam tugasan saya...t.kasih
    semoga Allah s.w.t mudahkan segala urusan saudara/i... :)
    JazakAllahu Khairan

    BalasPadam