Pengikut

Jumaat, 10 Mei 2013

Berdasarkan pengalaman anda sebagai guru, senaraikan 5 cadangan teknik pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang sesuai dan berkesan dalam subjek morfologi (sorof) di kalangan pelajar sekolah.


Berdasarkan pengalaman anda sebagai guru, senaraikan 5 cadangan teknik pengajaran dan pembelajaran (P&P) yang sesuai dan berkesan dalam subjek morfologi (sorof) di kalangan pelajar sekolah.
Subjek morfologi(sorof) adalah amat susah, itu adalah pandangan saya. Tapi jika banyak tumpuan dan masa yang digunakan untuk belajar subjek ini semua orang mampu belajar dan memahami subjek ini. Saya sebagai seorang guru jika ditugaskan untuk mengajar subjek ini perlulah mengamalkan teknik-teknik yang sesuai untuk menarik minat murid dan untuk memastikan kefahaman murid terhadap subjek morfologi(soraf) ini.

Antara teknik yang patut saya gunakan adalah seperti berikut :
Teknik teknologi terkini: slaid atau power point
Teknik ini adalah untuk menarik minat belajar murid dan menghilangkan kebosanan pelajaran di papan hitam. Teknik ini akan dapat mengaktifkan murid. Powerpoint yang sedia ada menyebabkan guru tiada masalah hendak menulis lagi keadaan iniakan menyebabkan guru boleh menumpukan perhatian kepada pelajarnya. Di samping itu guru boleh mengunakan juga sitem video dan sebagainya yang boleh menambahkan minat murid. Dengan teknik ini juga proses pengajaran akan mudah dan berkesan, menimbulkan minat murid, mudah memahami pengajaran dan menjimatkan masa guru serta murid.
Teknik latih tubi melalui latihan dan soalan lisan dan juga jawapan lisan
Saya akan mengunakan teknik ini kerana dengan teknik ini akan menyebabkan murid dapat memahami dengan lebih baik terutama murid yang lemah. Manakala bagi murid yang cergas dan pandai juga dapat memahami dan mengingatkan subjek ini. Teknik ini boleh digunakan melalui penerangan berulangkali, latihan yang banyak, soal jawab lisan yang spontan dan sebagainya. Pada pandangan saya teknik ini amat sesuai dengan subjek ini kerana ianya memang berkesan pada saya dan juga para pelajar.
Teknik kuiz
Saya juga akan menggunakan teknik kuiz kerana ia boleh menarik minat murid kepada lebih menumpukan perhatiaan kepada subjek. Keadaan ini akan lebih memahamkan murid dan juga menyeronokkan murid terhadap subjek ini. Keadaan ini sudah tentu akan memudahkan murid menguasai pengajaran dan pembelajaran murid terhadap subjek ini
Walaupun banyak lagi teknik yang sesuai digunakan tetapi teknik inilah yang paling sesuai digunakan oleh saya terhadap para pelajar saya

Tiada ulasan:

Catat Ulasan