Pengikut

Jumaat, 10 Mei 2013

Pendidikan dan ugama merupakan dua kuasa yang begitu kuat dan berpengaruh di dalam masyarakat kontemporari (Malaysia). Bincangkan.


Pendidikan dan ugama merupakan dua kuasa yang begitu kuat dan berpengaruh di dalam masyarakat kontemporari (Malaysia). Bincangkan.
Pada dasarnya kita mengetahui penduduk Malaysia berbilang bangsa dan agama. Keadaan ini telah menyebabkan berbagai keadaan dan suasana. Mengikut persoalan diatas saya tidak bersetuju dengan mengatakan masyarakat Malaysia kontemporasi berpengaruh dengan pendidikan dan agama kerana umumnya seperti yang dikatakan oleh saya seperti diawalnya adalah Masyarakat Malaysia berbilang bangsa dan keturunan serta mempunyai agama yang berlainan diantara satu dengan yang lain. Tapi saya amat bersetuju jika mengatakan masyarakat islam di Negara Malaysia terpengaruh dengan  pendidikan dan agama.
Keadaan ini dapat kita lihat samaada di dalam intenet melalui facebook, twitter dan blog serta laman web, ramai rakyat Malaysia memperkatakan mengenai persoalan agama serta pendidikan amnya. Keadaan ini juga berlaku pada akbar harian. Manakala seperti yang kita ketahui ramai anak muda hari ini membanjiri surau atau masjid jika ada kuliah agama walaupun masih ramai pemuda-pemudi tidak menghiraukan kuliah yang disurau-surau atau masjid-masjid namun kita dapat melihat pertambahan jemaah berlaku jika ada kuliah dijalankan. Keadaan ini menunjukkan masyarakat hari ini menumpukan kepada pendidikan dan juga agama itu sendiri bagi menambahkan ilmu masing-masing. Pendidikan hari ini juga tidak terhenti dengan pembelajaran di masjid dan disurau sahaja tetapi dijalankan diinstitusi-institusi awam dan swasta serta juga pembelajaran sendiri melalui laman-laman web dan sebagainya.
Melalui bidang politik juga, masyarakat islam di Malaysia hari ini lebih mengutamakan pendidikan dan ugama. Ini dapat kita lihat melalui suara-suara parti-parti politik tanah air Malaysia mendesak dan berusaha untuk menjalankan undang-undang islam yang lebih teratur dan kemas sesuai dengan syarak. Parti-parti politik juga berusaha keras untuk memajukan masyarakat islam melalui bidang pendidikan melaui  desakan NGO dan sebagainya supaya system pendidikan lebih sesuai dengan peredaran semasa.
Begitulah pada pandangan saya tentang masyarakat islam di Malaysia pada hari ini sememang pendidikan dan agama member pengaruh yang kuat kepada mereka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan