Pengikut

Jumaat, 17 Mei 2013

ijtihad fardi dan jama'i


Setiap manusia perlukan sesuatu untuk menentukan ketetapan masing-masing. Ada ssetengahnya berijtihad untuk menentukan sesuatu pekerjaan atau perbuatan. Disamping itu ia dilakukan dengan segala akal pemkiran dan kesungguhan untuk mendapatkan sesuatu hukum syarak mengenai sesuatu masalah dengan jalan istinbat daripada Al-Quran dan Hadis.
Lapangan ijtihad pula mestilah kejadian yang tiada nas syarak yang jelas tentang hukumnya. Manakala mujtahid pula ialah ahli fekah yang mencurahkan kesungguhan dan ketekunan untuk mendapatkan hukum syarak daripada sesuatu dalil terperinci atau tafsili daripada dalil-dalil syariat.
Ijtihad merupakan perkara yang penting di dalam pembinaan hukum. Ijtihad sentiasa berkembang mengikut kesesuaian masa, keadaan dan tempat. Oleh itu ijtihad merupakan suatu kehujahan dalam pembinaan hukum kerana ijmak juga berdasarkan ijtihad dan ijtihad itu sendiri diharuskan oleh syarak.
Ijtihad berasal daripada perkataan  ijtahada  bermaksud usaha yang bersungguh-sungguh. Ia membawa pengertian  mengeluarkan sesuatu hukum dengan asas kefahaman mengikut penilaian kiasan berteraskan al-Quran dan sunnah di samping mengekalkan prinsip syariah.  Ijtihad berlaku atas perkara yang tiada nas atau dalil jelas (sorih) terhadap permasalahan baru timbul berdasarkan perkembangan semasa.
Ada ulama menterjemahkan ijtihad sebagai proses usaha mengeluarkan sesuatu hukum syarak (istinbat) berteraskan al-Quran dan hadis Rasulullah. Baginda bersabda:  Sesiapa yang berijtihad dan benarlah ijtihadnya, maka dia akan mendapat dua kebajikan (pahala) dan jika salah ijtihadnya, maka ia mendapat satu kebajikan. (Al-hadis)
Ijtihad bertujuan menjaga kebajikan umat dan menghindarkan kepincangan masyarakat apabila timbul sesuatu masalah baru seperti urusan perbankan, sewa, insurans, bayi tabung uji, derma organ dan seribu satu masalah baru yang perlu dirungkai dan diselesaikan ulama dan cendekiawan.

Ijtihad Fardi adalah setiap ijtihad yang dilakukan oleh  perseorangan yang belum disepakati oleh para mujtahid lain dalam suatu  masaalah . Sedangkan Ijtihad Jama’I adalah setiap Ijtiihad yang dilakukan oleh para mujtahid untuk menyatukan pendapat-pendapatnya dalam suatu masalah . Terdapat korelasi diantara keduanya bahawa tidak mungkin  akan terjadinya Ijtihad Jama’I apabila tidak dilakukan terlebih dahulu ijtihad yang bersifat Fardi. Karena Ijtihad Jama’I itu adalah suatu metode ijtihad yang dilakukan untuk menyatukan semua pendapat yang dihasilkan dari ijtihad Fardi tersebut, dan mencari titik temu dari semua perbezaan tersebut sebagaimana yang diutarakan diatas.
Berbalik kepada persoalan tentang antara ijtihad fardi dan ijtihad Jama’i mengenai konteks pemahaman hukum pada pandangan saya ijtihak Fardi adalah lebih sesuai bagi pemahaman masyarakat sekarang  tentang sesatu hukum.
Contohnya apabila ramai ulamak usul atau mujtahidin membuat ijtihad diatas permasalah yang sama maka akan timbulnya perbincangan samada di televisyen, radio atau media elektronik yang lain. Keadaan ini sudah tentu akan mendorong orang ramai menilai atau lebih mengambil berat akan suatu permasalahan hukum yang telah ditimbiulkan oleh para mujtahidin itu. Dengan ini orang ramai atau masyarakat islam dapat beramal dengan ijtihad yang terbaik.
Keadaan ini juga apabila ramai mujtahidin melakukan kajian dan usaha terhadap permasalahan yang baru ini akan menyebabkan juga berkembangnya  berkembangnya ilmu ini kerana ramai orang berminat terhadap kajian-kajian yang dilakukan kerana tidak lagi terikat dan ketakutan untuk melakukan ijtihad bagi mujtahidin dan ahli yang di benarkan melakukan ijtihad. Dengan ini sudah tentunya ilmu usul fiqh akan berkembang maju dengan percambahan pemikiran-pemikiran yang baru yang sudah tentunya akan member menfaat kepada masyarakat umum hari ini kerana dengan adanya ramai mujtahidin yang diiktiraf keahliannya maka masalah hukum baru yang timbul akan diatasi dan dikeluarkan hukum melalui kajian-kajian dan usaha para mujtahidin ini.
Walau pun begitu apabila ramai mujtahidin melakukan kajian dan usaha atas permasalahan yang sama maka untuk mengeluarkan fatwa bagi pandangan saya adalah lebih baik dan eloknya para mujtahidin ini berkumpul dan mengambil pandangan atau ijtihad yang paling baik atau sekumpulan pandangan yang bagus dan terbaik atau mengguna pakai ijtihad jama’i. Maka sudah tentu tiadanya timbul perpecahan dan perselisihan yang banyak tentang masalah hukum diatas sesuatu persoalan.

3 ulasan:

  1. Salam..mohon kebenaran menggunakan maksud ijtihad fardi dari blog Tuan ini supaya dapat digunakan dalam pembelajaran saya.. JazakAllah..

    BalasPadam