Pengikut

Khamis, 9 Mei 2013

Bincangkan ciri-ciri masyarakat Islam di Madinah dibawah kepimpinanan Rasulullah selepas peristiwa hijrah.


Nabi Muhammad SAW merupakan seorang nabi dan rasul yang terakhir. Diberikan mukjizat Al-Quran sebagai panduan kepada sekelian umat akhir zaman. Al-Quran juga sebagai panduan bagi manusia untuk terselamat diakhirat nanti. Jadi mengikut tajuk dan soalan diatas Nabi Muhammad SAW yang diketahui kisahnya melalui kisah dan sirah Baginda ini melalui Hadis-hadis Rasulullah sendiri dan juga melalui cerita hadi kalangan para sahabat, Baginda telah berhijrah ke Madinah kerana telah di perentahkan oleh Allah supaya berhijrah.
 Masyarakat Madinah Masuk islam beramai-ramai dan hidup berhamoni
Setelah Rasulullah diangkat sebagai pemerentah Madinah, seluruh semenanjung tanah arab akur kepada pemerintahan Islam di  Al Madinah dan berduyun-duyunlah penduduknya memeluk agama Islam. Maka seluruh penduduk tanah arab dapat menikmati Rahmat Allah dengan kurniaan Islam yang lengkap dan sempurna sebagai undang-undang dan peraturan hidup yang berteraskan kepada akidah tauhid .  Maka lahirlah sebuah masyarakat baru yang hidup dalam harmoni, bantu membantu, berkasih sayang, hormat menghormati sesama insan.  Terbentuklah masyarakat berakhlak mulia yang bercirikan ketaqwaan, persamaan tanpa membezakan keturunan, kerana orang yang lebih mulia hanya orang lebih ketaqwaan kepada Allah.  Sebagaimana firman Allah :

يَا أَيُّهَا النَّاسُ إِنَّا خَلَقْنَاكُمْ مِنْ ذَكَرٍ وَأُنْثَى وَجَعَلْنَاكُمْ شُعُوبًا وَقَبَائِلَ لِتَعَارَفُوا إِنَّ أَكْرَمَكُمْ عِنْدَ اللَّهِ أَتْقَاكُمْ إِنَّ اللَّهَ عَلِيمٌ خَبِيرٌ :
 Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya). Sesungguhnya Allah Maha Mengetahuai, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan keadaan dan amalan kamu).(Al Hujjarat:13)
Terhapusnya budaya jahiliah
Dengan terlaksananya pemerintahaan Islam di bawah pimpinan Rasulullah SAW, terhapuslah segala ciri-ciri kehidupan masyarakat Madinah.  Maka berakhirlah gejala-gejala keruntuhan akhlak seperti  zina, minum arak, judi, budaya membunuh anak perempuan kerana takut di timpa kehinaan dan membunuh anak lelaki kerana takut di timpa kemiskinan.  Demikian juga tamatlah riwayat penindasan dan kezaliman olih pihak yang berkuasa yang memerintah hanya mengikut hawa nafsu dan kepentingan diri dan puak masing-masing. Demikianlah juga tamatlah riwayat permusuhan dan perseteruan serta budaya membalas dendam diantara satu suku dengan yang lain.  Kesemua gejala-gejala keburukan dan kezaliman tersebut, terhapus dengan kedatangan Islam yang membawa hak persamaan antara sesama manusia di hadapan peraturan dan undang-undang Allah yang di bawa oleh Rasulullah SAW.

 Maka terserlahlah Islam sebagai Rahmat kerana keadilan, peraturan dan hukum hakam Islam dan ketaqwaan pada penganutnya terutama sekali RSAW seorang yang sangat berlaku adil kepada seluruh rakyaat di bawah pemerintahaannya dan seorang yang paling taqwa pada Allah swt.
Persaudaraan antara kaum-kaum yang bermusuhan iaitu Aus dan Kazraj dan persaudaraan antara Kaum ansar dan Muhajirin
Umumnya kita mengetahui bahawa penduduk arab madinah selalu sahaja bermusuhan antara kaum-kaum terbesar iaitu Aus dan Khazraj.  Sebenarnya mereka telah dihasut oleh kaum Yahudi supaya mereka sibuk dengan permusuhan mereka dan kaum Yahudi ini dengan senangnya menguasai  ekonomi Madinah. Jadi apabila Rasulullah menjadi ketua Madinah, Baginda telah mempersaudarakan antara kaum Aus dan Khazraj dibawah payung islam menyebabkan kesatuan dikalangan penduduk islam Madinah.
Nabi Muhammad juga telah mempersaudarakan antara penduduk asal Madinah yang akhirnya dikenali dengan nama sebagai kaum Ansar( menolong ) kerana telah menolong kaum Quraish yang datang dari Mekah yang akhirnya dikenali dengan nama sebagai Kaum Muhajirin disebabkan mereka berhijrah dari Mekah dengan meninggalkan segala harta mereka di Mekah. Kaum Muhajirin dan Ansar ini telah dipersaudarakan oleh Rasulullah menyebabkan kesatuan yang kukuh dan kuat serta hilang perpecahan diantara penduduk Madinah.

Demikianlah secara ringkasnya kita dapat melihat dan menyaksikan bagaimana kepimpinan Rasulullah SAW yang begitu hebat dari segi politik dan pemerintahaan .   Hanya dalam masa kira-kira 10 tahun baginda membentuk dan mentadbir sebuah Negara Madinah , telah berjaya menumbangkan pemerintahaan Quraisy yang telah bertapak beberapa dekad di Makkah dan  mempengaruhi seluruh semenanjung tanah arab.  Kejayaan baginda bukan sekadar menjadikan seluruh semenanjung tanah arab menyatakan kesediaannya kepada pemerintahaan Islam, malah Rasulullah SAW berjaya meletakkan pemerintahaannya seganding dengan dua pemerintahaan empayar Rome Benzyantina dan Parsi.  Ini terbukti apabila RSAW mengutus surat kepada raja dan pembesar Rome, dan raja serta pembesar Parsi dan raja negeri Habsyah.   Baginda menghantar beberapa orang sahabat menemui raja-raja  dan pembesar-pembesar bekenaan yang dapat di umpamakan sekarang sebagai para diplomat.  Demikianlah kehebatan kepimpinan RSAW di bidang politik dan pemerintahan di peringkat negera dan anatarabangsa.

Bila hijrah, langkah pertama nabi mendirikan masjid iaitu satu instituisi ummah untuk rakyat berhimpun bagi masyarakat muslim, masjid sebagai pusat pentadbirannya. Selepas itu mempersaudarakan muhajirin dan ansar yangmana sebelum itu nabi mempersaudarakan aush dan khadrajj sebelum berhijrah, berbaiah dan menjadikan mereka satu pasukan. Mengiktiraf seluruh penduduk madinah Islam dan bukan Islam khasnya kaum yahudi sebagai rakyat Madinah yang di beri jaminan hak dan melindungi hak-hak mereka keseluruhanya, sosial, ekonomi, akidah mereka. Pengkaji-pengkaji politik bersetuju mengatakan perlembagaan Madinah "piagam Madinah -sohifah Madinah"itu perlembagaaan bertulis pertama di dunia.(1st writen consitutisi in the world). Sebelum itu pemerentahaan kuasa besar seperti Rome  dan Parsi tidak ada perlembagaan bertulis, ini kerana mereka menggunakan pemerintahan beraja, yang mana arahan raja itu lah ikutan mereka.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan